Log masuk untuk Ahli    
nama pengguna:  
kata laluan:
Sertai Sekarang » Hilang Log Masuk » Bantuan »
 Laman Utama
 Apakah ini?
 Bagaimanakah ia berfungsi?
 Ganjaran
 Sertai Sekarang
 Berita
 Soalan Lazim (FAQ)
 Hubungi kami
 
 
Bagaimanakah ia berfungsi?

Untuk membolehkan kami menghantar kajiselidik yang sesuai dengan anda dan gaya hidup anda, anda perlu mendaftarkan butiran peribadi anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengikuti langkah mudah berikut :

1. Sila pastikan 'Pop-up blocker' anda sudah off.  Sila lihat seksyen Soalan Lazim (FAQ) untuk maklumat lebih lanjut.
2. Sila klik di sini ataupun butang ‘Sertai Sekarang' (di bahagian atas sebelah kanan skrin ini).
3. Sila baca tentang Your Voice Panel dan kesemua insentif hebat yang ditawarkannya.
4. Sila klik butang '’Seterusnya' untuk melengkapkan kajiselidik pendaftaran. Sila beri perhatian bahawa anda mestilah berumur 15 tahun atau lebih untuk menyertai kami.
5. Anda berpeluang untuk mendapat e-markah pertama dengan melengkapkan Kajiselidik Alu-Aluan. Anda akan menerima 20 e-markah sebagai tanda terima kasih kepada kami.
6. Tahniah, anda kini sudahpun menjadi ahli komuniti Your Voice on-line kami. Apa yang anda perlu lakukan adalah tunggu kerana kami akan menghantar e-mel jemputan untuk membolehkan anda menyatakan pendapat/ pandangan anda dalam kajiselidik kami.

Skim ganjaran berganda – Your Voice bekerja keras untuk anda!

Cabutan hadiah: Anda adalah antara orang pertama yang akan dimasukkan ke dalam cabutan hadiah hanya dengan melengkapkan kajiselidik pendaftaran. Kami akan memberikan anda peluang setiap kali anda melengkapkan satu kajiselidik. Cabutan hadiah akan dilakukan setiap tiga bulan sekali dan nilai cabutan tersebut adalah MYR2500.

E-Markah: Bagi setiap kajiselidik yang anda lengkapkan, anda akan memperolehi e-markah yang boleh ditebus dengan barangan yang disenaraikan dalam katalog kami.

Sila ambil perhatian:

•  Sesetengah kajiselidik mempunyai keperluan tertentu, ini bermakna kadangkala anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam satu kajiselidik tetapi anda mungkin mendapati kajiselidik ini sudah penuh sebelum tarikh tutupnya berakhir ataupun anda mungkin tidak layak untuk menyertai kajiselidik tersebut. Jangan risau kerana setiap kali anda mengambil bahagian dalam satu kajiselidik, anda berpeluang untuk masuk dalam cabutan hadiah.
•  Sebaik sahaja anda e-markah anda sudah mencukupi, sila log ke dalam laman web Your Voice  dengan menggunakan kata laluan anda. Kemudian pergi ke bahagian 'Ganjaran' untuk menebus e-markah – baucer hadiah, tiket wayang, pemain MP3, sumbangan derma dan banyak lagi hadiah yang menyeronokkan.
•  Jangan lupa untuk untuk menyimpan butiran peribadi yang terkini, terutamanya alamat e-mel anda. Anda boleh mengemaskini butiran peribadi anda dengan log-in ke dalam laman web  Your Voice  dan kemudian klik butang 'Kemaskini Butiran Saya'. Sila tukar yang mana perlu dan kemudian klik butang 'Simpan Pernukaran' di bahagian bawah muka surat.
•  Anda boleh membatalkan keahlian anda pada bila-bila masa sahaja. Walau bagaimanapun, untuk makluman anda sebarang e-markah yang anda perolehi akan terbatal sebaik sahaja anda membatalkan keahlian anda.

Sila ambil perhatian bahawa anda perlu berumur 15 tahun atau lebih dan tinggal di Malaysia untuk membolehkan anda menyertai Your Voice Online Panel.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lihat seksyen Soalan Lazim (FAQ) atau sila hubungi kami.



 
Sertai Sekarang!
Mohonlah hari ini untuk menjadi ahli panel dan mula kumpulkan mata ganjaran anda dengan segera
 
Berita untuk Ahli

05/04/2010
Pemenang Cabutan Hadiah Suku Tahun Ke-13

09/03/2010
Pemenang Cabutan Hadiah - Kemaskinikan Butiran Anda I-2010

15/01/2010
Sumbangan derma kepada badan amal kebajikan - Julai hingga Dis 2009

04/01/2010
Pemenang Cabutan Hadiah Suku Tahun Ke-12

15/12/2009
Season's Greeting from YourVoice

 Privasi
 Terma dan Syarat
 Hubungi kami