Log masuk untuk Ahli    
nama pengguna:  
kata laluan:
Sertai Sekarang » Hilang Log Masuk » Bantuan »
 Laman Utama
 Apakah ini?
 Bagaimanakah ia berfungsi?
 Ganjaran
 Sertai Sekarang
 Berita
 Soalan Lazim (FAQ)
 Hubungi kami
 
 
Soalan Lazim (FAQ)

Sila lihat senarai Soalan Lazim (FAQ) kami untuk menjawab soalan anda dengan segera. Sekiranya pertanyaan anda tidak dijawab di sini, sila hubungi kami.

Soalan-soalan pendaftaran
Q. Adakah saya akan dikenakan sebarang bayaran sekiranya saya menyertai panel ini?
Q. Bagaimanakah saya boleh mengemaskinikan butiran peribadi saya sekiranya ia berubah?
Q. Apakah yang harus saya lakukan sekiranyan saya terlupa nama pengguna atau kata laluan?
Q. Bagaimanakah saya boleh mengajak ahli keluarga dan kawan-kawan saya untuk menyertai panel ini?
Q. Bolehkah penghuni seisi rumah yang lain dan kawan-kawan saya menjadi ahli panel?
Q. Bagaimanakah saya menarik diri daripada keahlian panel Your Voice?

Soalan Kajiselidik
Q. Bolehkah saya mempunyai lebih dari satu akaun Your Voice?
Q. Bagaimanakah saya mengetahui bahawa saya perlu melengkapkan suatu kajiselidik?
Q. Anda telah menjemput saya untuk melengkapkan kajiselidik, tetapi pautan yang terdapat di dalam e-mel jemputan gagal membukanya apabila diklik.  Bagaimanakah saya boleh mengakses kajiselidik tersebut?
Q. Anda telah menjemput saya untuk melengkapkan satu kajiselidik, tetapi apabila saya klik butang 'MULA', ia tidak berjaya.  Bagaimanakah saya boleh mengakses kajiselidik ini?
Q. Saya adalah pengguna Hotmail dan saya tidak boleh mengakses kajiselidik tersebut, apakah yang harus saya lakukan?
Q. Sekiranya saya tidak dapat melengkapi kajiselidik selepas saya memulakannya, perlukah saya memulakannya sekali lagi?
Q. Saya mengklik butang 'MULA' sebelum tarikh dan masa kajiselidik ditutup, dan saya dimaklumkan bahawa ia sudah dipenuhi. Mengapakah perkara ini berlaku?
Q. Apakah makna mesej 'tidak layak' apabila anda cuba menjawab kajiselidik?
Q. Sekerap manakah saya akan diminta untuk melengkapkan kajiselidik?
Q. Adakah saya akan didenda jikalau tidak melengkapkan kajiselidik yang saya telah dijemput?
Q. Sekiranya saya tidak dapat menyertai sesuatu kajiselidik, perlukah saya memaklumkannya kepada anda?
Q. Sekiranya saya ke luar negara, bolehkah saya menyuruh orang lain melengkapkan kajiselidik tersebut bagi pihak saya?
Q. Saya ingin menyertai kajiselidik ini tetapi saya tidak mempunyai akses ke web  - bolehkah anda mengeposkannya kepada saya atau bolehkah saya melakukannya menerusi telefon?
Q. Nampaknya saya tidak menerima banyak jemputan kajiselidik. Mengapakah perkara ini berlaku?
Q. Adakah terdapat sebarang perisian tambahan yang perlu ada pada komputer saya untuk saya melakukan kajiselidik?

Soalan E-Markah, Ganjaran dan pendermaan kepada badan amal/ kebajikan
Q. Bagaimanakah saya boleh menebus e-markah saya?
Q. Bolehkah saya memesan lebih daripada satu barangan ganjaran dalam satu permintaan?
Q. Bagaimanakah saya tahu apabila saya menerima satu barangan yang berstatus pesanan tertangguh?
Q. Di manakah saya boleh melihat baki akaun saya?
Q. Adakah e-markah saya akan tamat tempohnya?
Q. Bolehkah saya mendermakan e-markah saya kepada badan amal/ kebajikan yang tiada dalam senarai anda?
Q. Apakah hadiah-hadiah yang disediakan dalam Cabutan Hadiah?

Soalan-soalan Privasi
Q. Dengan siapakah saya boleh berunding sekiranya saya mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan Privasi?
Q. Adakah maklumat peribadi saya akan dimaklumkan kepada pelanggan Nielsen?

Soalan-soalan lain
Q. Sekiranya saya meninggalkan negara ini, adakah saya perlu memaklumkan anda?


Soalan-soalan pendaftaran

Q. Adakah saya akan dikenakan sebarang bayaran sekiranya saya menyertai panel ini?
A. Tiada sebarang kos yang akan dikenakan untuk penyertaan panel ini. Walaubagaimanapun, anda memerlukan satu alamat e-mel untuk menerima jemputan bagi menyertai kajiselidik dan anda perlu mengakses Internet untuk melengkapkan kajiselidik secara online.

 

Q. Bagaimanakah saya boleh mengemaskinikan butiran peribadi saya sekiranya ia berubah?
A. Untuk menukar sebarang butiran peribadi anda, sila log masuk ke dalam 'Bahagian untuk Ahli', kemudian klik halaman 'Butiran Saya'. Teruskan ke bahagian bawah, kemaskinikan butiran anda klik hantar yang terdapat di bawah halaman tersebut.

Q. Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya terlupa nama pengguna atau kata laluan?
A. Sekiranya anda lupa kata laluan anda, anda boleh meminta e-mel peringatan kata laluan melalui pautan 'Hilang Log Masuk'.  Sebaik sahaja anda klik pautan ini, anda hanya perlu memasukkan nama pengguna dan alamat e-mel anda, dan secara automatik anda akan menerima e-mel peringatan kata laluan. Pautan 'Hilang Log Masuk' terletak di bawah 'Log masuk Ahli' pada laman utama Your Voice.

NOTA: Untuk tujuan keselamatan, kami tidak boleh mengakses kata laluan anda, oleh itu anda perlu memintanya menerusi laman web Your Voice. Sekiranya anda terlupa nama pengguna anda, sila hantarkan e-mel kepada yourvoice.my@nielsen.com

Q. Bagaimanakah saya boleh mengajak ahli keluarga dan kawan-kawan saya untuk menyertai panel ini?
A. Anda cuma perlu log masuk ke dalam akaun anda dan pergi ke bahagian 'Rujuklah Seorang Kawan', kemudian ikuti langkah-langkah yang disediakan.

Q. Bolehkah penghuni seisi rumah yang lain dan kawan-kawan saya menjadi ahli panel?
A. Kami sentiasa mengalu-alukan ahli panel yang baru. Ahli keluarga dan kawan-kawan anda, yang berumur 15 tahun dan ke atas boleh menyertai panel ini. Mereka cuma perlu pergi ke laman web dan mendaftar, ataupun anda perlu log masuk ke dalam akaun anda dan menghantar jemputan kepada mereka melalui bahagian 'Rujuklah- Seorang-Kawan'. Setiap ahli baru mesti mempunyai alamat e-mel sendiri. Sila ambil perhatian bahawa ianya adalah terhad kepada 20 rujukan pertama yang berjaya dan setiap ahli yang anda rujukkan mestilah tinggal di Malaysia.

Q. Bagaimanakah saya menarik diri daripada keahlian panel Your Voice?
A. Untuk membatalkan keahlian anda, sila log masuk ke dalam bahagian untuk ahli di laman website, pergi ke halaman 'Butiran Saya' dan klik pautan 'Klik di sini untuk menarik diri sebagai ahli panel'.  Sila beri perhatian bahawa apabila anda menarik diri, kesemua e-markah anda akan dibubarkan.


Soalan Kajiselidik

Q. Bolehkah saya mempunyai lebih dari satu akaun Your Voice?
A. Keahlian adalah terhad kepada satu akaun bagi seseorang. Lebih daripada seorang dalam seisi rumah boleh mendaftar, walaubagaimanapun setiap ahli mestilah mempunyai alamat e-mel yang berasingan untuk membolehkan kami menghantar jemputan.

Q. Bagaimanakah saya mengetahui bahawa saya perlu melengkapkan suatu kajiselidik?
A. Kami akan menghantar satu jemputan untuk memaklumkan anad bahawa terdapat satu kajiselidik yang perlu anda lengkapkan dalam laman web Your Voice. Terdapat satu pautan dalam e-mel yang akan menghubungkan anda ke laman Your Voice di mana anda boleh memilih kajiselidik yang mana anda dijemput untuk melengkapkannya. E-mel tersebut akan memperincikan insentif yang anda akan terima, dan bila anda perlu melengkapkan kajiselidik tersebut.

Q. Anda telah menjemput saya untuk melengkapkan kajiselidik, tetapi pautan yang terdapat di dalam e-mel jemputan gagal membukanya apabila diklik.  Bagaimanakah saya boleh mengakses kajiselidik tersebut?
A. Sekiranya anda menghadapi masalah dengan pautan yang tercatat dalam e-mel jemputan, terdapat dua kemungkinanan penyelesaiannya:

a) Salin pautan e-mel yang terdapat di bahagian atas e-mel, kemudian tampalkannya ke dalam bahagian untuk alamat pada pelayar web yang baru dan tekan kekunci Enter. Anda akan melihat e-mel dalam pelayar web (browser), cuba klik pada pautan yang dalam e-mel tersebut sekali lagi. Sekiranya ia gagal membawa anda ke laman web Your Voice dan anda merupakan ahli panel Your Voice, sila cuba pula pilihan kedua. 

b) Cuba akses kajiselidik itu secara terus menerusi bahagian 'Kajiselidik Saya' selepas anda log masuk ke dalam akaun laman web Your Voice: www.yourvoice.com.my

(Untuk mengakses laman web, anda perlu mengetahui nama pengguna dan kata laluan anda - sekiranya anda tidak mempunyai rekod tentang butiran ini dan lupa, sila klik di sini untuk pergi ke soalan lazim tersebut.

Q. Anda telah menjemput saya untuk melengkapkan satu kajiselidik, tetapi apabila saya klik butang 'PERGI ', ia tidak berjaya.  Bagaimanakah saya boleh mengakses kajiselidik ini?
A. Disebabkan oleh perkembangan baru dalam laman web, sesetengah ahli panel mengalami kesukaran dalam memuat turunkan kajiselidik. Kakitangan teknikal kami kini sedang memeriksa masalah yang dialami dan kami berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin. Tetapi, kami percaya kebanyakan isu adalah berkaitan dengan perisian pop-up blocking pada PC mereka.  Sekiranya anda tahu untuk mengatasinya, sila menghentikan perisian ini dan cuba semula. Walaubagaimanapun, untuk membantu kami menyelesaikan isu-isu ini, sila hantar e-mel anda kepada yourvoice.my@nielsen.com, maklumkan kepada kami isu yang anda alami dan sistem operasi yang anda gunakan pada ketika ini (contoh: Windows 98 or XP, MacOSX) dan pelayar web (browser) (contoh: Internet Explorer, Netscape, Mozilla) dan juga sebarang pop-up blocking atau perisian firewall yang mungkin anda gunakan.

Q. Saya adalah pengguna Hotmail dan saya tidak boleh mengakses kajiselidik tersebut, apakah yang harus saya lakukan?
A.  Isu ini adalah berkaitan dengan cara Hotmail mengendalikan pautan yang terbenam dalam e-mel.  Anda mempunyai 2 pilihan untuk mengakses kajiselidik dan akaun anda. 

1. Sekiranya anda menerima e-mel jemputan daripada Your Voice, salin dan tampalkan pautan yang terdapat di bahagian atas e-mel ini. Anda akan melihat salinan e-mel ini di dalam pelayar web baru ini. Klik dari pelayar web baru ini. 

2. Pergi ke  www.yourvoice.com.my - Log masuk dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan Your Voice anda. 

Q. Sekiranya saya tidak dapat melengkapi kajiselidik selepas saya memulakannya, perlukah saya memulakannya sekali lagi?
A. Sekiranya anda tidak dapat melengkapi kajiselidik pada satu masa, anda boleh sambung semula bagi melengkapkan kajiselidik itu di laman web Your Voice, klik pautan 'Kajiselidik Saya', dan kemudian pilih kajiselidik yang anda tidak berkesempatan untuk melengkapkannya. Anda boleh sambung di mana anda berhenti dengan mengklik butang 'MULA' untuk meneruskan soalan yang masih belum dijawab dahulu. Walaubagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sekiranya tempoh kajiselidik telah ditutup sebelum anda sempat melengkapkannya, anda tidak akan dapat menerima insentif yang ditawarkan walaupun anda telah memulakannya. Akan tetapi, anda masih berpeluang dalam cabutan hadiah jikalau anda telah menjawab soalan yang berkaitan dengan Nielsen yang terdapat dalam kajiselidik dengan betul. (Bagi butiran berkenaan cabutan hadiah,  sila lihat pautan 'Terma dan Syarat' bagi cabutan hadiah di muka surat 'Ganjaran'.)

Q.  Saya mengklik butang 'MULA' sebelum tarikh dan masa kajiselidik ditutup, dan saya dimaklumkan bahawa ia sudah dipenuhi. Mengapakah perkara ini berlaku?
A. Kebanyakan e-mel jemputan kajiselidik kami dihantar lebih kurang seminggu sebelum tarikh tutup, untuk membenarkan orang ramai mempunyai masa yang mencukupi untuk menjawabnya.  Kadangkala kami menerima sambutan yang lebih baik daripada jangkaan mengakibatkan kuota bagi kajiselidik ini telah dipenuhi sebelum tarikh tutupnya.  Sila pastikan anda mengambil bahagian lebih awal untuk berpeluang menerima kesemua e-markah yang ditawarkan. 

NOTA: Kajiselidik tidak akan ditutup sebelum tarikh dan masa yang diiklankan,  jadi sekiranya anda mengklik pautan tersebut dan memasuki kajiselidik tersebut, anda akan dimasukkan ke dalam cabutan hadiah (jikalau anda telah enjawab soalan yang berkaitan dengan Nielsen yang terdapat dalam kajiselidik dengan betul) sebagai tanda penghargaan kami kerana cuba menjawab kajiselidik ini.

Q.  Apakah makna mesej 'tidak layak' apabila anda cuba menjawab kajiselidik?
A.  Dalam sesetengah projek kajiselidik, kita hanya boleh menerima jawapan daripada orang yang bertepatan dengan kategori tertentu  - sebagai contoh pemilihan mungkin bergantung kepada jantina, pendapatan atau umur seseorang. Ini adalah berdasarkan matlamat kajiselidik kami dan oleh itu, bukan semua boleh mengambil bahagian dalam setiap kajiselidik. Apabila ini berlaku, nama anda akan dimasukkan ke dalam cabutan bertuah dimasukkan ke dalam cabutan hadiah (jikalau anda telah menjawab soalan yang berkaitan dengan Nielsen yang terdapat dalam kajiselidik dengan betul). (Bagi butiran berkenaan cabutan hadiah,  sila lihat pautan 'Terma dan Syarat' bagi cabutan hadiah di halaman 'Ganjaran'.)

Q. Sekerap manakah saya akan diminta untuk melengkapkan kajiselidik?
A. Anda boleh menjangka untuk menerima jemputan untuk melengkapkan sekurang-kurangnya satu kajiselidik dalam tempoh masa setiap 2 bulan. Walaubagaimanapun, ini bergantung kepada profil anda kami mungkin akan meminta anda untuk melengkapkan kajiselidik kami dengan lebih kerap atau kurang.

Q. Adakah saya akan didenda jikalau tidak melengkapkan kajiselidik yang saya telah dijemput?
A. Anda tidak akan didenda sekiranya anda tidak melengkapi sesuatu kajiselidik.  Anda boleh melengkapkan sebanyak atau sedikit mana kajiselidik yang anda ingini.  E-markah anda akan bertambah sejajar dengan jumlah kajiselidik yang anda lengkapi. 

Q. Sekiranya saya tidak dapat menyertai sesuatu kajiselidik, perlukah saya memaklumkannya kepada anda?
A. Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk mengambil bahagian dalam sebarang kajiselidik yang diberikan, ia tidak memberi sebarang masalah kepada kami, ia adalah pilihan anda sepenuhnya dan anda tidak perlu memaklumkannya kepada kami.

Q. Sekiranya saya ke luar negara, bolehkah saya menyuruh orang lain melengkapkan kajiselidik tersebut bagi pihak saya?
A. Dukacitanya, sekira anda sendiri yang mendaftar dalam panel Your Voice, hanya anda seorang sahaja yang boleh melengkapkan kajiselidik tersebut. Walaubagaimanapun, keluarga dan kawan-kawan anda yang berumur 15 tahun dan ke atas adalah digalakkan untuk menyertai panel ini.

Q. Saya ingin menyertai kajiselidik ini tetapi saya tidak mempunyai akses ke web  - bolehkah anda mengeposkannya kepada saya atau bolehkah saya melakukannya menerusi telefon?
A. Dukacitanya, tiada cara lain yang boleh digunakan untuk mengambil bahagian dalam kajiselidik online.

Q. Nampaknya saya tidak menerima banyak jemputan kajiselidik. Mengapakah perkara ini berlaku?
A. Terdapat beberapa sebab mengapa ini mungkin berlaku :

a) Anda perlu log masuk ke dalam laman web Your Voice, pergi ke halaman 'Butiran Saya' dan pastikan alamat e-mel anda adalah betul. 

b) Sekiranya anda memilih untuk tidak melengkapkan soalan yang berkaitan dengan pendapatan peribadi dan pendapatan seisi rumah dalam Kajiselidik Pendaftaran, ini akan mengurangkan jumlah kajiselidik di mana anda akan dijemput untuk penyertaan, ini adalah kerana maklumat ini adalah penting bagi kebanyakan kajiselidik. Sekiranya anda ingin menyemak/ menukar jawapan-jawapan ini, sila login ke dalam laman web Your Voice, dan pergi ke bahagian 'Butiran Saya. 

c) Sekiranya anda memilih untuk tidak melengkapkan Kajiselidik Alu-aluan, ini juga akan mengurangkan bilangan jemputan kajiselidik. Ini adalah kerana kami mempunyai lebih banyak maklumat mengenai orang yang melengkapi kajiselidik ini dan oleh itu mereka akan lebih kerap dijemput untuk mengambil bahagian. Untuk mengakses ke dalam Kajiselidik Alu-aluan,  sila log masuk ke dalam akaun anda dan pergi ke halaman 'Kajiselidik Saya.

Q. Adakah terdapat sebarang perisian tambahan yang perlu ada pada komputer saya untuk saya melakukan kajiselidik?
A. Sesetengah kajiselidik kami memerlukan Macromedia Flash Player. Ia cuma mengambil masa lebih kurang 2-3 minit sahaja untuk dimuat turun menerusi laman web kami, atau pergi ke http://www.macromedia.com dan klik pada pautan 'download Flash Player'. Anda tidak perlu muat turun Flash Player ini sekarang, tetapi ini akan menjimatkan masa pada masa akan datang jika anda ingin menyertai kajiselidik yang memerlukannya.


Soalan berkenaan E-Markah, Ganjaran dan Pendermaan kepada badan amal/ kebajikan

Q. Bagaimanakah saya boleh menebus e-markah saya?
A. Untuk menebus e-markah anda:

a) Log masuk ke laman 'Ahli', jikalau anda belum berbuat demikian, dan pergi ke bahagian 'Ganjaran'.  Nota; anda tidak boleh menebus markah anda daripada bahagian 'Akaun Saya' . 

b) Lihatlah menerusi senarai ganjaran yang terperinci dengan menggunakan drop down menu. 

c) Sila pilih ganjaran yang anda suka, semak kuantiti barangan dan tambahkannya ke dalam troli membeli-belah anda dengan mengklik ikon troli membeli-belah. 

NOTA: Anda boleh terus melihat dan menambahkan barangan kedua atau ketiga ke dalam troli membeli-belah anda sebelum anda daftar keluar. Anda tidak boleh memilih ganjaran sekiranya anda tidak mempunyai markah yang mencukupi, warna ikon troli membeli-belah menjadi kelabu. Sekiranya anda berasa ragu-ragu, sila tunjukkan kursor anda kepada ikon troli membeli-belah dan satu mesej akan mucul 'Anda tidak mempunyai markah yang mencukupi untuk barangan ini'. 

d) Kemudian sila klik 'Daftar keluar'. 

e) Sila semak butiran alamat anda (peti surat pejabat pos tidak boleh digunakan), pilihan anda adalah betul dan kemudian klik 'Pesanan Diterima'. 

f) Anda akan menerima e-mel pengesahan bahawa permintaan anda telah dihantar. Walaubagaimanapun,  sekiranya barangan yang anda minta itu mengalami pesanan tertangguh, e-mel pengesahan akan menyatakannya dengan terperinci dan anda akan menerima e-mel selanjutnya yang mengesahkan pesanan semula tersebut telahpun tiba. Jika sebaliknya,  anda akan menerima pesanan anda dalam masa 15 hari bekerja.

Q. Bolehkah saya memesan lebih daripada satu barangan ganjaran dalam satu permintaan?
A. Ya, kami mencadangkan agar anda menghantar kesemua ganjaran dalam katalog dalam satu permintaan untuk mempercepatkan proses pesanan dan penghantaran. Anda hanya perlu menukar bilangan ganjaran dalam kotak Kuantiti atau menambah barangan kedua ke dalam troli membeli-belah anda sebelum mengklik 'Daftar Keluar'.

Q. Bagaimanakah saya tahu apabila saya menerima satu barangan yang berstatus pesanan tertangguh?
A. Apabila barangan tertangguh anda hendak dihantar ke alamat rumah anda, anda akan menerima notis elektronik kedua untuk memaklumkan anda bila pesanan itu akan dihantar.

Q. Di manakah saya boleh melihat baki akaun saya?
A. Log masuk ke bahagian untuk ‘Ahli’ di laman web Your Voice dan pergi ke halaman 'Akaun Anda' untuk melihat baki e-markah anda dan rekod transaksi anda.

Q. Adakah e-markah saya akan tamat tempohnya?
A. E-markah anda tidak akan tamat tempoh. Baki e-markah akan hanya berkurangan apabila anda menebus markah anda.  Walaubagaimanapun, jika anda memilih untuk 'tidak melanggan' Panel Your Voice, maka markah anda akan dipadamkan dalam akaun anda. (Pergi ke halaman 'Akaun Anda' di bahan\gian untuk 'Ahli' untuk melihat kesemua transaksi e-markah anda)

Q. Bolehkah saya mendermakan e-markah saya kepada badan amal/ kebajikan yang tiada dalam senarai anda?
A. Pada peringkat ini, senarai badan amal / kebajikan telah ditetapkan. Apabila kami mengemaskinikan senarai badan amal / kebajikan di masa akan datang, kami akan cuba memasukkan pelbagai kumpulan badan amal / kebajikan.

Q. Apakah hadiah-hadiah yang disediakan dalam Cabutan Hadiah?
A. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang cabutan hadiah, sila klik pada pautan 'Terma dan Syarat' bagi cabutan hadiah di bahagian bawah bagi kebanyakan halaman dalam laman web. Nama ahli panel akan dimasukkan ke dalam cabutan hadiah dengan menjawab soalan yang berkaitan dengan Nielsen yang terdapat dalam kajiselidik dengan betul bagi setiap kali mereka cuba melengkapkan soalselidik dalam tempoh masa yang diberikan. Tarikh dan masa bagi setiap kajiselidik yang berlangsungan akan dinyatakan dengan jelas di setiap e-mel jemputan kajiselidik. Pemenang bagi cabutan hadiah akan diiklankan di bahagian Berita dalam masa 2 minggu selepas pencabutan.


Soalan-soalan Privasi

Q. Dengan siapakah saya boleh berunding sekiranya saya mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan Privasi?
A. Polisi privasi kami terdapat di bahagian bawah bagi kebanyakan muka surat dalam laman web. Walaubagaimanapun, jika anda ingin memperkatakan sesuatu kepada Pegawai Privasi kami, sila e-mel kepada yourvoiceprivacy.my@nielsen.com atau sila rujuk kepada pautan  'Hubungi Kami' yang terdapat di bahagian bawah bagi kebanyakan muka surat dalam laman web kami.

Q. Adakah maklumat peribadi saya akan dimaklumkan kepada pelanggan Nielsen?
A. Nielsen akan mengendalikan maklumat peribadi anda sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Polisi Keperibadian kami.


Soalan-soalan lain

Q. Sekiranya saya meninggalkan negara ini, adakah saya perlu memaklumkan anda?
A. Sekiranya anda berpindah secara tetap, sila batalkan keahlian anda dengan melog masuk ke dalam bahagian untuk ahli di laman website, pergi ke halaman 'Butiran Saya' dan klik pautan 'Klik di sini untuk menarik diri sebagai ahli panel'.  Sila ambil perhatian bahawa anda harus menebus kesemua e-markah anda kerana e-markah akan dibubarkan selepas pembatalan keahlian anda.




 
Sertai Sekarang!
Mohonlah hari ini untuk menjadi ahli panel dan mula kumpulkan mata ganjaran anda dengan segera
 
Berita untuk Ahli

05/04/2010
Pemenang Cabutan Hadiah Suku Tahun Ke-13

09/03/2010
Pemenang Cabutan Hadiah - Kemaskinikan Butiran Anda I-2010

15/01/2010
Sumbangan derma kepada badan amal kebajikan - Julai hingga Dis 2009

04/01/2010
Pemenang Cabutan Hadiah Suku Tahun Ke-12

15/12/2009
Season's Greeting from YourVoice

 Privasi
 Terma dan Syarat
 Hubungi kami