Terima kasih kerana anda bersetuju untuk mengambil bahagian dalam kumpulan terpilih bagi ahli panel kami. Your Voice merupakan sebuah perniagaan hakmilik Nielsen. Syarikat kami adalah sebuah syarikat kajiselidik pemasaran, maklumat dan analisis bertaraf dunia dan kami mempunyai sejarah yang cemerlang dalam menghormati privasi ahli panel.
Kami memberi jaminan bahawa kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi atau alamat e-mel anda kepada pelanggan kami. Kami TIDAK akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk mengiklan, mempromosi atau memasarkan barangan atau perkhidmatan kepada anda. Laporan dan analisis yang kami sediakan kepada pelanggan kami adalah dibuat secara tidak bernama.
Berkenaan The Nielsen Company
The Nielsen Company merupakan syarikat maklumat pemasaran bertaraf dunia. Kami menawarkan perkhidmatan di lebih dari 100 buah negara, syarikat kami memberikan ukuran dan analisis pasaran yang dinamik bersertakan sikap dan tingkahlaku pengguna. The Nielsen Company mempunyai ibupejabat yang beroperasi di 770 Broadway, New York, New York 10003, Amerika Syarikat.
Bagaimanakah kami akan menggunakan maklumat anda dan ahli-ahli panel lain yang diberikan kepada kami?
Kami menggunakan maklumat ini untuk menjalankan kajiselidik pemasaran, dan untuk menyediakan laporan dan analisis. Kami mungkin menggabungkan data yang anda berikan dengan alat dan maklumat kajiselidik daripada sumber-sumber lain. Kadangkala, kami bekerjasama dengan rakan kongsi atau sub-kontrak dengan syarikat atau individu lain, dan mereka boleh mengakses maklumat peribadi anda, tetapi hanya setakat di mana dikehendaki untuk melaksanakan tugas mereka. Meskipun telah dinyatakan dalam Notis ini, kami juga mungkin akan mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga sekiranya diperlukan oleh undang-undang, atau untuk membolehkan kami mengamalkan hak perundangan kami atau mengambil tindakan terhadap aktiviti yang tidak sah di sisi undang-undang atau untuk melindungi keselamatan seseorang. Sekiranya kesemua atau sebahagian daripada syarikat kami dijual, bergabung atau dipindahkan kepada entiti lain, kita mungkin akan memindahkan maklumat peribadi sebagai sebahagian daripada transaksi.
Maklumat apakah yang kami kumpul?
Pada peringkat awal proses pendaftaran atau sebahagian daripada kajiselidik, kami ingin mengetahui maklumat tertentu seperti nama, alamat, telefon, e-mel, tarikh lahir, jantina, status perkahwinan, pekerjaan, tahap pendidikan, dan pendapatan. Kami juga mungkin (atau tidak) meminta lebih maklumat demografik yang terperinci seperti bangsa atau kumpulan etnik, agama, pandangan mengenai politik, dan/ atau maklumat mengenai kewangan. Sebaik sahaja anda telah menjadi ahli panel kami, kami akan mendapatkan maklumat tambahan tentang anda kerana kami ingin mengetahui pelbagai maklumat tentang sikap penggunaan dan kegemaran serta pendedahan terhadap pengiklanan. Sebagai contoh, bergantung kepada panel yang anda sertai, maklumat yang kami kumpulkan mungkin meliputi produk-produk peribadi dan barangan rumah yang digunakan setiap hari seperti video, televisyen (kabel, satelit atau lain-lain), radio, muzik, dan bahan bacaan yang digemari dan digunakan, serta lokasi data. Sekiranya anda mengambil bahagian dalam panel yang melibatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan, kami mungkin mengumpul maklumat tentang perkhidmatan penjagaan kesihatan yang anda terima, preskripsi dan ubat-ubatan yang diperolehi di kaunter, keadaan bagaimana ubat-ubatan tersebut digunakan dan barangan lain yang anda beli atau guna.
Cookies
Kami menggunakan cookies, tetapi hanya untuk tujuan tertentu dan menurut undang-undang dan peraturan. Kami menggunakan cookies untuk kawalan kualiti dan pengesahan, untuk mencegah gangguan yang mungkin berulangan ketika kajiselidik dijalankan, dan bagi mendapatkan maklumat tentang jenis pelayar web (browser) dan perisian bagi menyediakan temuramah terbaik dan bersesuaian dengan perisian anda. Sekiranya anda menyertai panel kami menerusi web iklan, kami juga mungkin menggunakan cookies untuk mengenalpasti lokasi iklan tersebut. Kami tidak menggunakan sebarang identifier yang tersembunyi atau spyware.
Bagaimanakah kami mengumpul maklumat peribadi?
Dengan mengambil bahagian dalam panel kami, secara khususnya anda memberi kebenaran kepada kami untuk menerima maklumat tentang kegemaran dan penggunaan, sama ada secara terus daripada anda atau sumber-sumber luar, walaupun jika pengumpulan atau pendedahan maklumat tersebut sebaliknya mungkin akan menjadi tidak konsisten dengan sumber polisi privasi atau undang-undang. Data sumber luaran mungkin meliputi sebagai contoh: pembekal produk-produk dan perkhidmatan yang anda beli atau gunakan, program “loyalti” runcit, dan organisasi yang mengumpul data menerusi on-line. Kami mungkin akan menelefon anda dari masa ke semasa, dan mungkin menghantar kajiselidik atau lain-lain koresponden kepada anda dari masa ke semasa dan mengumpul maklumat daripada e-mel anda.
Penyertaan anda adalah sentiasa secara sukarela.
Anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa sekiranya anda mahu melihat maklumat yang kami ada tentang diri anda, atau meminta kami memperbetul atau mengemaskini maklumat ini, atau meminta kami memadamkan kesemua data peribadi dan maklumat yang kami ada tentang diri anda, atau untuk memberhentikan penyertaan anda dalam panel kami.
Tentang kanak-kanak
Bagi panel atau kajiselidik ini, maklumat yang kita kumpul mungkin termasuk maklumat tentang kanak-kanak. Sebelum kita mengumpul maklumatsecara terus daripada kanak-kanak, kita cuba menentusahkan bahawa kita telah mendapatkan kebenaran daripada ibubapa mereka. Kita mempunyai cara tertentu bagi tujuan ini, tetapi kita tidak boleh menjamin bahawa cara ini akan sentiasa berjaya.
Keselamatan dan Pemindahan Data
Kita mungkin menyimpan jawapan kajiselidik dan menyimpan butiran peribadi anda selagi kami memerlukannya untuk tujuan yang terdapat dalam polisi ini untuk jangkamasa yang tidak tentu. Kami mungkin akan menyimpan data ini di negara ini, ataupun dipindahkan ke negara lain. Data ini akan dikawal dan hanya boleh diakses secara elektronik oleh kakitangan yang terpilih. Kami mempunyai tahap ukuran keselamatan tertentu di bawah kawalan kami (sebagai contoh: firewalls) tetapi simpanan dan komunikasi data peribadi selalunya tidak dapat dilindungi dengan sepenuhnya. Juga, kami tidak dapat dan tidak akan memberi jaminan bahawa data yang dipindahkan kepada pihak ketiga akan dilindungi daripada salahguna atau kehilangan secara sengaja atau tidak sengaja.
Kami mungkin akan menukar Notis ini
Notis ini akan menggantikan sebarang kenyataan lain yang mungkin kami buat kepada anda tentang koleksi dan penggunaan maklumat peribadi. Kami berhak untuk mengemaskini dan membuat perubahan terhadap notis ini. Anda boleh melihat notis efektif ketika ini menerusi online pada bila-bila masa di www.yourvoice.com.my, atau anda boleh meminta salinan menerusi pos atau menghubungi kami melalui telefon sepertimana yang diarahkan di bawah. Kecuali Notis ada menyebut yang sebaliknya, sebarang perubahan yang terdapat dalam notis pada ketika ini boleh digunakan ke atas semua maklumat yang telah kami kumpulkan tentang anda. Penyertaan anda dalam panel kami selepas tarikh kuatkuasa akan membentuk penerimaan anda terhadap kesemua perubahan.
Ada soalan-soalan lain?
Sila hubungi kami: Anda boleh e-mel Panel Bantuan berkenaan soalan-soalan privasi di yourvoiceprivacy.my@nielsen.com atau sila tulis kepada kami di Online Panel Your Voice Privacy Officer, The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd, 20/F Menara MBPJ, Jalan Tengah, Petaling Jaya, Malaysia (Perhatian: Your Voice Privacy Officer). Dengan ini, Terma dan Syarat yang ditetapkan di www.yourvoice.com.my adalah diperbadankan dengan merujuk kepada Notis Privasi ini.