Log masuk untuk Ahli    
nama pengguna:  
kata laluan:
Sertai Sekarang » Hilang Log Masuk » Bantuan »
 Laman Utama
 Apakah ini?
 Bagaimanakah ia berfungsi?
 Ganjaran
 Sertai Sekarang
 Berita
 Soalan Lazim (FAQ)
 Hubungi kami
 
 
Syarat-Syarat Your Voice

Panel Online Your VoiceTM ("Your Voice"), dimiliki dan dikendalikan oleh The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd (10909V) di 20/F Menara MBPJ, Jalan Tengah, Petaling Jaya, Malaysia. ("Nielsen"). Rujukan kepada The Nielsen Company dalam Terma dan Syarat ini adalah termasuk badan-badan korporat yang berkaitan dengan Nielsen.

Syarat-Syarat Umum
Dengan mendaftar sebagai Ahli Your Voice Member ("Ahli") bermakna anda bersetuju dengan Terma dan Syarat ini. Nielsen berhak meminda atau menamatkan Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa mengeluarkan notis terlebih dahulu. Sebarang pindaan terhadap Terma dan Syarat ini akan diposkan pada laman web Your Voice.  Penggunaan laman web Your Voice selepas pindaan telah diposkan bermakna anda bersetuju dengan pindaan Terma dan Syarat tersebut.

Terma dan Syarat Keahlian
Keahlian Panel Your Voice adalah terbuka kepada penduduk Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas. Sekiranya anda berumur bawah 18 tahun, anda mestilah mendapatkan kebenaran daripada ibubapa atau penjaga anda terlebih dahulu sebelum mendaftar sebagai Ahli dan ibubapa atau penjaga anda harus memastikan anda melaksanakan tanggungjawab anda seperti yang tertera di dalam Terma dan Syarat ini semasa anda mendaftar sebagai Ahli. Setiap orang hanya boleh memiliki satu akaun sahaja. Satu alamat e-mel tidak boleh digunakan oleh pelbagai akaun walaupun pemilik akaun tersebut terdiri daripada orang yang berlainan. Nielsen berhak menamatkan tempoh masa untuk menjawab kajiselidik ini lebih awal.

Kerahsiaan
Melainkan diperlukan oleh undang-undang, Ahli mestilah merahsiakan dan tidak mendedahkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan sebarang kajiselidik kepada pihak ketiga.

E-markah dan Ganjaran
Ahli layak untuk megumpul e-markah berdasarkan kajiselidik yang dilengkapi.  E-markah boleh digunakan untuk menebus pelbagai ganjaran. Apabila seseorang Ahli menarik diri atau disingkirkan dari Panel, kesemua e-markah yang terkumpul akan disingkirkan. E-markah tidak boleh dipindahmilik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai. E-markah hanya boleh ditebus dengan ganjaran yang disenaraikan dalam muka surat Ganjaran yang terdapat dalam laman web Your Voice Malaysia sahaja. Nielsen berhak menyingkir atau menukar sebarang ganjaran tanpa mengeluarkan notis terlebih dahulu.

Rujukan
Ahli adalah dialu-alukan untuk merujukkan individual–individual lain untuk menyertai Panel Your Voice ini. Jikalau Ahli didapati merujukkan individu yang tidak sah atau individual yang sama secara berulangan, keahlian Ahli tersebut dan keahlian kesemua Ahli yang tidak sah atau orang yang dirujuk (Referral) berulangkali akan ditamatkan dengan menutup akaun dan kesemua e-markahnya akan dilupuskan. Nielsen berhak menentukan kesahihan orang yang dirujuk (Referral) menurut budi bicaranya.

Maklumat Peribadi
Nielsen berhak mengesahkan kesahihan butiran yang terdapat dalam laman web, termasuk butiran pendaftaran. Adalah menjadi tanggungjawab Ahli untuk memberikan maklumat peribadi yang terkini. Nielsen mematuhi undang-undang Privasi Malaysia dan Prinsip-prinsip Privasi ESOMAR. Sila lihat Kenyataan Privasi untuk keterangan lanjut.

Akaun Ahli, Kata Laluan dan Keselamatan
Anda akan menerima kata laluan dan perlantikan akaun selepas melengkapi proses pendaftaran untuk Your Voice Malaysia. Anda bertanggungjawab untuk merahsiakan kata laluan dan akaun anda, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesemua aktiviti yang dilaksanakan di bawah kata laluan atau akaun anda. Anda bersetuju untuk (a) menghubungi Your Voice Malaysia serta-merta bagi sebarang penggunaan tanpa kebenaran terhadap kata laluan anda atau akaun atau perkara-perkara lain yang melanggar peraturan keselamatan, dan (b) memastikan bahawa anda log keluar daripada akaun anda pada akhir setiap sesi. Your Voice Malaysia dan Nielsen tidak boleh dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang bakal dialami akibat kegagalan anda untuk mematuhi Seksyen ini.

Penamatan
Nielsen berhak untuk menamatkan keahlian dan akaun Ahli Your Voice mengikut budi bicara Nielsen tanpa mengeluarkan notis terlebih dahulu. Keadaan di mana seseorang Ahli itu boleh diberhentikan termasuk berikut tetapi ia tidak terhad kepada  (a) memungkiri atau mencabuli Terma dan Syarat atau perjanjian-perjanjian lain yang diperbadankan atau sebarang garis panduan; (b) terdapatnya pelbagai akaun bagi Ahli yang sama ; (c) ahli jarang menyertai kajiselidik online; (d) penggunaan alamat e-mel yang tidak sah pada masa pendaftaran; (e) Ahli menjawab e-mel atau kajiselidik yang dimaksudkan untuk orang lain; (f) Penipuan atau pemalsuan jawapan atau aktiviti palsu; (g) rujukan palsu. Nielsen mungkin menamatkan atau mengubahsuai panel Your Voice mengikut budi bicaranya. Penamatan atas sebarang alasan akan mengakibatkan e-markah yang terkumpul akan dilupuskan.

Pengecualian Liabiliti
Nielsen tidak akan bertanggungjawab dalam kontrak, tindakan yang salah (termasuk kecuaian) atau sebaliknya yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung, khas, yang terjadi sebagai akibat atau secara kebetulan atau kerosakan bagi kehilangan keuntungan, kerugian hasil, atau kehilangan penggunaan, yang disebabkan atau berkaitan dengan laman web Your Voice atau kandungan-kandungan atau sebarang laman web yang dimasuki dari laman web Your Voice atau laman web Nielsen yang lain.

Gantirugi
Anda harus mengambil kesemua tindakan yang perlu untuk mempertahankan dan menanggung kerugian Nielsen, pegawai-pegawai dan kakitangannya terhadap kesemua kos, perbelanjaan serta kerosakan yang dituntut oleh pihak ketiga terhadap Nielsen jikalau masalah-masalah ini muncul kerana anda memungkiri sebarang syarat yang tertera di dalam Terma dan Syarat atau Kenyataan Privasi.  

Laman web pihak ketiga
Nielsen tidak menjamin ketepatan atau kesempurnaan kandungan laman web ini atau mana-mana pautan yang bersambung dengan laman ini. Nielsen tidak bertanggungjawab dengan maklumat-maklumay yang terdapat laman web lain, termasuk sebarang laman web yang mana anda mungkin dapat mempunyai akses ke ataupun dari laman web kami. Kemasukan mana-mana pautan tidak menunjukkan bermaksud Nielsen menyokong laman web tersebut, ataupun berkaitan dengan pengendali mereka.

Perlaksanaan perundangan
Sekiranya sebarang peruntukan bagi notis ini menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan di atas sebarang alasan, peruntukan ini akan dianggap menyalahi undang-undang, tidak sah atau boleh dikuatkuasakan, tetapi tidak akan mempengaruhi kesahihan dan penguatkuasaan bagi peruntukan lain. Sepertimana yang dinyatakan di dalam notis ini, Nielsen bermakna The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd dan badan-badan korporat yang berkaitan dengannya.

Harta Intelektual dan Hak Cipta Notis
Hak Cipta (c) 2005 The Nielsen Company. Hakcipta terpelihara.  Hakcipta serta bahan yang terdapat  dalam laman web Your Voice adalah hakmilik dan merupakan harta kekal Nielsen. Jangan mengguna, mendedah, menghasilkan semula, menyalin, mengedar, mengubahsuai, menghantar, menerbitkan semula (termasuk membingkaikan mana-mana bahagian dari laman web ini) atau menukar kandungan laman web ini tanpa persetujuan bertulis daripada Nielsen terlebih dahulu. Tiada sebarang hak milik atau intelektual dipindahkan kepada anda atau mana-mana pihak ketiga melalui penggunaan laman web ini. Kesemua hak, hakmilik serta minat dalam dan untuk semua aspek laman web ini adalah hak milik Nielsen sepenuhnya. 

Bidang Kuasa
Terma dan Syarat adalah dikawal oleh undang-undang yang dikuatkuasakan di Malaysia, dan anda adalah di bawah bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
 
Terma dan Syarat Cabutan Hadiah
Cabutan Hadiah bagi Your Voice adalah terbuka kepada ahli Panel Your Voice Malaysia sahaja. Your Voice, sebuah perniagaan The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd, yang mana ia menjemput rakyat Malaysia yang berumur 15 tahun atau lebih yang menetap di Malaysia untuk mengambil bahagian sebagai ahli panel Your Voice Malaysia. Ahli panel Your Voice Malaysia akan dimasukkan ke dalam Cabutan Hadiah jikalau mereka menjawab soalan yang berkaitan dengan The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd yang terdapat dalam kajiselidik dengan betul. Untuk memohon sebagai ahli, seseorang itu perlu melengkapkan kajiselidik pendaftaran menerusi online di laman web kami, www.yourvoice.com.my.

Maklumat untuk menyertai dan hadiah-hadiah membentuk sebahagian daripada syarat-syarat kemasukan ini.

Kakitangan The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd, dan agensi serta kontraktor Your Voice yang berkaitan dengan promosi ini, dan ahli keluarga terdekat adalah tidak layak untuk menyertai panel ini.  “Ahli keluarga terdekat” adalah termasuk pasangan, anak-anak, ibubapa, adik beradik, cucu serta datuk dan nenek.

Promosi ini bermula pada 1hb Okt, 2009. Penyertaan berakhir pada penghujung 31hb Dis, 2009. Cabutan itu akan diadakan di The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd, 20/F Menara MBPJ, Petaling Jaya, Selangor pada 4hb Jan, 2010. Para pemenang akan dimaklumkan menerusi telefon dan pos; nama mereka juga akan disiarkan di laman web Your Voice Panel. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pemberitahuan hadiah yang dikembalikan kerana alamat yang tidak dapat dikesani atau nombor telefon yang tidak betul atau tidah sah, dalam keadaan begini hadiah akan disingkirkan. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd, dengan menggunakan budi bicaranya, berhak mentafsir dan meminda Terma-terma tersebut.

Sebanyak 9 + 30 penyertaan yang sah akan dipilih secara rawak daripada kesemua penyertaan oleh The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd bagi jumlah hadiah yang bernilai RM2500.  Hadiah-hadiah tersebut adalah:

  • Hadiah I: 1 unit Sistem set teater rumah yang bernilai ~RM900
  • Hadiah II: 1 unit Kamera digital yang bernilai ~RM600
  • 2 x Hadiah III: 1 unit Earphone/Headphone yang bernilai ~RM120
  • 5 x Hadiah IV: RM60 kad tambah nilai
  • 30 x Hadiah Saguhati: 100 e-markah

Sebagai tambahan kepada 39 cabutan penyertaan, Penganjur juga boleh membuat 3 cabutan bagi pemenang gantian di tempat dan masa yang sama seperti di atas.  Sekiranya terdapat pemenang yang tidak menerima hadiah seperti yang dinyatakan di sini, seorang pemenang gantian akan dipilih sepertimana dalam turutan cabutan hadiah untuk diberikan hadiah tersebut.

Pemenang mestilah menuntut hadiah mereka sebelum 18hb Jan, 2010, jika tidak hadiah-hadiah yang tidak dituntut akan diagihkan kepada pemenang-pemenang gantian yang seterusnya, yang akan dihubungi menerusi telefon dan surat sepertimana yang dinyatakan di atas. Hadiah akan dihantar di antara 4 minggu dari tarikh cabutan hadiah diadakan. 

Hadiah tidak boleh dipindahmilik atau ditukar. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat pernukaran nilai pada hadiah-hadiah. Kami juga tidak bertanggungjawab ke atas penyertaan yang lewat, hilang, tulisan yang tidak dapat dibaca, tidak lengkap atau salah penghantaran. Pihak penganjur berhak menukar atau menggantikan hadiah dengan barangan lain yang mempunyai nilai yang sama dengannya. 

Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan tidak langsung atau akibat) atau kecederaan peribadi yang dialaminya, akibat mengambil sebarang hadiah, melainkan sebarang liabiliti yang tidak dapat dielakkan di sisi undang-undang.

Sekiranya pemenang berumur bawah 18 tahun, maka hadiah tersebut akan diserahkan kepada ibubapa atau penjaganya.

Penganjur adalah The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd, 20/F Menara MBPJ, Jalan Tengah, Petaling Jaya, Malaysia. (Tel: 603-7956 2311).

Terma dan Syarat Penebusan Hadiah:
Kesemua barangan yang terdapat di dalam katalog hadiah (laman web Your Voice) adalah rujukan semata-mata dan hanya boleh didapati sementara stok masih ada. Sekiranya stok bagi barangan yang anda pesan sudah habis, Nielsen akan mencari barangan yang sama jenama dan nilai sebagai ganti atau mengkreditkan e-markah untuk tujuan penebusan lain.

Nielsen bukan merupakan pembekal bagi barangan yang disenaraikan dalam katalog dan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang liabiliti yang timbul berhubung dengan pembelian atau penggunaan barangan yang dibekalkan. Sebarang pertikaian harus dikemukakan secara terus kepada pembekal barangan tersebut.

Kesemua penebusan adalah bergantung kepada baki e-markah yang mencukupi dan keputusan muktamad Nielsen. Penebusan akan dibatalkan secara automatik sekiranya Terma dan Syarat Your Voice tidak dipatuhi.

Sebaik sahaja penebusan diterima oleh Nielsen, ia tidak boleh ditukar atau dibatalkan.  Untuk membuat penebusan, ahli panel perlu log masuk ke dalam bahagian ahli dan kemudian pergi ke seksyen 'Ganjaran'. Sila masukkan barangan yang anda ingini ke dalam troli membelah-belah anda dan klik ‘Semak’ untuk melihat pesanan anda. Sila semak sama ada alamat surat menyurat anda adalah betul dan kemudian sila klik ‘Pesanan Diterima' untuk menghantar pesanan penebusan.

Nielsen berhak untuk meminda Terma dan Syarat dari masa ke semasa tanpa mengeluarkan sebarang notis terlebih dahulu.

Nielsen tidak bertanggungjawab di atas kehilangan, kerosakan atau kecurian kupon atau hadiah selepas penebusan hadiah daripada Your Voice.

Nielsen juga berhak untuk membatalkan keahlian bagi ahli-ahli yang tidak mematuhi Terma dan Syarat yang telah ditetapkan.

Sekiranya terdapat sebarang pertikaian yang timbul daripada keahlian Your Voice, keputusan Nielsen adalah muktamad.

Bagi kes di mana ahli memilih untuk mendermakan nilai e-markah yang diperolehinya kepada badan amal / kebajikan, ahli panel tidak dapat menuntut potongan cukai daripada sebarang derma yang diberikan dan resit derma juga tidak akan diberikan kepada anda.

Ahli yang menarik diri daripada menjadi ahli Your Voice perlu menebus e-markah untuk ganjaran bagi menggunakan kesemua e-markah sebelum penarikan diri. Baki e-markah yang masih ada akan dilupuskan selepas penarikan ahli.



 
Sertai Sekarang!
Mohonlah hari ini untuk menjadi ahli panel dan mula kumpulkan mata ganjaran anda dengan segera
 
Berita untuk Ahli

27/07/2010
Sumbangan derma kepada badan amal kebajikan - Jan hingga Julai 2010

02/07/2010
Pemenang Cabutan Hadiah Suku Tahun Ke-14

15/04/2010
Penyenggaraan Laman Web pada 19 April 2010

05/04/2010
Pemenang Cabutan Hadiah Suku Tahun Ke-13

09/03/2010
Pemenang Cabutan Hadiah - Kemaskinikan Butiran Anda I-2010

 Privasi
 Terma dan Syarat
 Hubungi kami