Soalan Lazim

Kami telah mencuba yang terbaik bagi menjawab soalan yang paling kerap ditanya. Hanya klik pada mana-mana soalan di bawah untuk melihat jawapannya.



Soalan tentang Your Voice

  • Bagaimana untuk menjadi ahli?

    Ia sangat mudah. Hanya isikan butiran anda di laman utama kami. Kami akan menghantar pautan ke borang permohonan agar anda boleh mengesahkan keahlian anda. Sekiranya anda berumur 17 tahun atau kurang, minta ibu bapa atau penjaga membuat permohonan bagi pihak anda dan menjadi ahli dan anda boleh mengambil bahagian dalam tinjauan melalui mereka.

  • Bolehkah saya menyertai jika saya tinggal di luar Malaysia?

    Tidak, malangnya keahlian panel dalam talian ini terbuka hanya kepada penduduk Malaysia.

  • Adakah saya akan dikenakan sebarang kos jika menyertai Your Voice?

    Tiada kos yang dikaitkan dengan penyertaan panel dan anda boleh menarik diri pada bila-bila masa. Namun, anda memerlukan alamat e-mel bagi menerima jemputan bagi menyertai tinjauan dan anda perlu mempunyai akses Internet bagi melengkapkan tinjauan dalam talian.

  • Apa yang berlaku selepas saya menyertai?

    Kami akan menghantar e-mel yang mengucapkan selamat datang ke Your Voice. Selepas itu, kami akan menghubungi anda dari semasa ke semasa melalui e-mel bagi menjemput anda mengambil bahagian dalam tinjauan. E-mel ini mengandungi semua maklumat yang diperlukan untuk mengambil bahagian, termasuk URL bagi menjawab tinjauan. Setelah melengkapkan tinjauan, anda berpeluang untuk mengumpulkan mata. Mata tersebut boleh ditebus dengan baucar hadiah di KedaiWeb kami.

Soalan tentang Tinjauan

  • Mengapa tinjauan dijalankan?

    Perniagaan, kerajaan, badan awam dan organisasi-organisasi yang serupa berminat dengan pendapat dan sikap orang ramai yang menggunakan produk serta perkhidmatan mereka. Semakin banyak mereka tahun tentang apa yang difikirkan oleh pelanggan, bakal pelanggan, rakyat dan pengguna, lebih mudah bagi mereka untuk menambah baik dan menyesuaikan apa yang mereka bekalkan.

  • Berapa kerap saya akan diminta untuk melengkapkan tinjauan?

    Kami kerap menghantar jemputan tinjauan, tetapi tidak boleh mengatakan siapa dan bila mana-mana ahli akan menerima jemputan kerana setiap tinjauan kami adalah disuaikan dan didasarkan pada matlamat penyelidikan bagi setiap klien. Bergantung pada profil anda, kami mungkin meminta anda melengkapkan tinjauan lebih atau kurang daripada sekali sebulan. Atas sebab ini, kami meminta anda untuk memastikan profil anda sentiasa terkini. Sila ambil perhatian, sesetengah ‘firewall’ mungkin menghalang penghantaran jemputan tinjauan kami.

  • Berapa lama masa diperlukan bagi melengkapkan tinjauan yang biasa?

    Bilangan soalan berbeza-beza bergantung pada tinjauan. Kami cuba untuk memastikan tinjauan sependek yang mungkin, walaupun kami harus memastikan keputusannya bermakna. Pada umumnya, tinjauan mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit untuk dilengkapkan.

      Soalan tentang Privasi

      • Sekiranya saya menjadi ahli Your Voice, adakah saya akan menerima e-mel yang mengiklankan produk serta perkhidmatan yang lain?

        Tidak. Kami tidak menjual atau memberikan butiran hubungan ahli kami dan kami tidak memaparkan iklan di laman kami. Kami tidak akan cuba menjual produk atau perkhidmatan kepada anda, dan syarikat yang menggunakan perkhidmatan kami tidak mempunyai akses langsung kepada butiran anda.

      • Siapa yang perlu saya hubungi jika saya mempunyai kebimbangan mengenai privasi?

        Pautan ke Dasar Privasi kami tersedia di bahagian bawah kebanyakan halaman laman sesawang Your Voice termasuk halaman ini.

        Sila semak Dasar Privasi kami untuk maklumat hubungan.

      • Mengapa anda memerlukan maklumat peribadi saya?

        Kami memerlukan maklumat peribadi tentang anda bagi menyesuaikan jemputan tinjauan; bagi membolehkan SSI mentafsirkan keputusan tinjauan dengan lebih baik; dan bagi membolehkan SSI berkomunikasi dengan anda tentang keahlian panel dan penyertaan tinjauan anda.  Sila rujuk Dasar Privasi kami untuk maklumat lanjut.

      • Mengapa saya menerima e-mel yang mengandungi pautan bagi menyertai Your Voice walaupun saya tidak pernah memohonnya?

        Ada kemungkinan bahawa seseorang tersilap taip dan menyerahkan alamat e-mel anda secara tidak sengaja semasa diminta menjadi ahli Your Voice. Ada juga kemungkinan bahawa seseorang menggunakan alamat e-mel anda tanpa kebenaran. Sekiranya anda tidak mahu menyertai, hanya abaikan e-mel itu dan peringatan yang akan dihantar. Butiran anda tidak akan disertakan dalam senarai ahli kami dan akan tidak akan dihubungi lagi. Sekiranya anda terus menerima e-mel berkenaan, anda boleh mengklik pautan meja bantuan di dalam setiap e-mel untuk mendapatkan bantuan lanjut.