Survey Sampling International, LLC

Terma dan Syarat

 

1. Kebolehgunaan; Perjanjian.

 

Terma dan Syarat ini (“Terma” ini) mentadbir dan diterima pakai kepada penggunaan perkhidmatan SSI oleh anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada, (1) keahlian dengan panel atau subpanel SSI (secara individunya “Panel” dan secara kolektifnya “Panel-panel”), (2) penggunaan dan/atau akses kepada mana-mana laman web Panel (secara individunya “Laman Web” dan secara kolektifnya “Laman-laman Web”), (3) penyertaan dalam apa-apa kaji selidik atau kajian yang ditawarkan, diberikan, dianjurkan atau ditadbir oleh atau melalui SSI, dan (4) kelayakan anda dan/atau penebusan bagi ganjaran, insentif, dan hadiah yang ditawarkan untuk tindakan dan aktiviti tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyempurnaan kajian dengan jayanya (secara kolektif, “Perkhidmatan-perkhidmatan”).

 

Semua rujukan dalam terma ini tentang “SSI” merangkumi Survey Sampling International, LLC, dan syarikat induknya, subsidiari dan sekutunya. Semua rujukan dalam Terma ini mengenai “kita” atau “kami” merujuk kepada SSI.

 

Dengan mengakses, menggunakan dan/atau menyertai Perkhidmatan tersebut, anda dengan jelasnya bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Terma-terma ini.

 

SSI berhak menolak, mengehadkan, melarang atau menentang akses anda kepada, penggunaan dan/atau penyertaan dalam Perkhidmatan tersebut, pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab.

 

2. Kelayakan keahlian.

 

Keahlian panel umumnya terbuka kepada individu yang memenuhi kelayakan menjadi ahli, termasuk tetapi tidak terhad kepada syarat umur minimum dan keperluan lokasi secara geografi. Keperluan untuk keahlian Panel mungkin berbeza bagi setiap Panel. Kami hanya membenarkan seorang ahli untuk setiap alamat e-mel yang unik. SSI boleh menolak daripada menyediakan Perkhidmatan tersebut kepada sesiapa pun, pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab atau tanpa sebarang sebab.

 

3. Penggunaan Perkhidmatan.

 

Perkhidmatan ini adalah untuk kegunaan peribadi, bukannya untuk kegunaan komersial. Anda boleh menggunakan Perkhidmatan tersebut hanya apabila dan sepertimana yang tersedia. SSI berhak mengubah, meminda atau menghapuskan, dan/atau menyekat atau menghalang akses kepada semua atau mana-mana bahagian Perkhidmatan tersebut, tanpa notis, pada bila-bila masa, atas sebarang sebab atau tanpa sebarang sebab.

 

SSI menawarkan peluang kepada ahli Panel dan ahli bukan Panel untuk menyertai kaji selidik. Penyertaan dalam kaji selidik adalah secara sukarela. Dengan memberikan persetujuan untuk menjadi ahli Panel, anda bersetuju untuk menerima jemputan untuk menyertai kaji selidik. Di samping itu, SSI mungkin menawarkan peluang kepada ahli Panel untuk berkomunikasi dengan ahli Panel yang lain dan/atau SSI. Anda boleh menghentikan langganan keahlian Panel pada bila-bila masa, lihat bahagian 10 iaitu "Dasar Pilih Keluar" di bawah.

 

4. Pendaftaran Panel; Kata Laluan.

 

Anda boleh mengakses mana-mana Laman Web sebagai pelawat tanpa mendaftar sebagai ahli dengan Panel yang berkaitan dengan Laman Web itu dan tanpa memberikan atau mendedahkan maklumat peribadi.

 

Untuk mendaftar sebagai ahli Panel, anda mesti mendaftar dengan atau untuk Panel dan memberikan maklumat peribadi tertentu. Ahli Panel and ahli bukan Panel dikehendaki memberikan semua maklumat secara jujur. SSI berhak menyekat atau melarang penggunaan, akses kepada, dan/atau penyertaan anda dalam Perkhidmatan jika anda memberikan, atau SSI secara munasabah mengesyaki bahawa anda telah memberikan, maklumat yang tidak benar, tidak tepat, tidak terkini atau tidak lengkap.


SSI akan: (i) memberikan nama pengguna dan kata laluan kepada ahli Panel, atau (ii) membenarkan ahli Panel mencipta nama pengguna dan kata laluan mereka sendiri. Ahli Panel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan nama pengguna dan kata laluan mereka dan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang penggunaan akaun keahlian mereka, sama ada yang dibenarkan atau yang tidak dibenarkan. SSI sememangnya tidak mengesyorkan penggunaan nombor keselamatan sosial, nombor akaun kewangan, atau apa-apa nombor pengenalan atau akaun yang lain sebagai nama pengguna atau kata laluan.

 

Keahlian Panel adalah khusus untuk individu yang mendaftar keahlian dengan Panel.

 

Anda mengakui bahawa anda mengakses, menggunakan dan/atau menyertai Perkhidmatan sebagai kontraktor bebas, dan tiada agensi, perkongsian, usaha sama, hubungan pekerja-majikan atau francaisor-francaisi dimaksudkan atau diwujudkan melalui perjanjian ini.

 

5. Penggunaan yang Tidak Dibenarkan.

 

Anda bersetuju untuk tidak: (i) menggunakan lelabah, robot atau teknik pelombongan data automatik untuk mengkatalogkan, memuat turun, menyimpan atau dengan cara lain menghasilkan semula atau mengedarkan data atau kandungan yang tersedia berhubung dengan Perkhidmatan tersebut, atau untuk memanipulasikan keputusan daripada apa-apa kaji selidik, cabutan hadiah atau pertandingan; (ii) mengambil sebarang tindakan untuk mengganggu sebarang Laman Web atau penggunaan mana-mana Laman Web oleh individu dengan cara berikut, termasuk tetapi tidak terhad kepada menghantar muatan berlebihan, “membanjiri”, “mengebom e-mel” atau “meranapkan” mana-mana Laman Web; (iii) menghantar atau memindahkan apa-apa virus, data yang rosak atau apa-apa kod, fail atau maklumat lain yang berbahaya, mengganggu atau merosakkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perisian pengintip; (iv) mengumpulkan apa-apa maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti yang dimiliki atau berkaitan dengan mana-mana pengguna Perkhidmatan tersebut; (v) menghantar e-mel yang tidak diminta, termasuk tetapi tidak terhad kepada promosi dan/atau pengiklanan produk atau perkhidmatan; (vi) membuka, menggunakan atau menyelenggara lebih daripada satu (1) akaun keahlian dengan Panel; (vii) memalsukan atau menyembunyikan identiti sebenar anda; (viii) membingkaikan sebahagian daripada mana-mana Laman Web dalam laman web yang lain atau mengubah penampilan mana-mana Laman Web; (ix) mewujudkan pautan daripada mana-mana Laman Web yang lain kepada mana-mana halaman dalam, pada atau yang terletak di mana-mana Laman Web atau kepada Perkhidmatan tersebut tanpa kebenaran bertulis daripada SSI terlebih dahulu; (x) menyiarkan atau memindahkan apa-apa bahan atau kandungan yang mengancam, mencemarkan, memfitnah, tidak senonoh, berunsur pornografi, lucah, mencetuskan skandal atau membangkitkan kemarahan, atau apa-apa bahan atau kandungan yang boleh dengan cara lain melanggar Undang-undang yang Berkuat Kuasa (seperti yang ditakrifkan di dalam ini); (xi) terlibat dalam sebarang aktiviti penipuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada mempercepat kaji selidik, mengambil kaji selidik yang sama lebih daripada sekali, menyembunyikan atau memalsukan identiti anda, menghantar maklumat palsu semasa proses pendaftaran, menghantar data kaji selidik yang palsu atau tidak benar, menebus atau cuba menebus ganjaran, hadiah dan/atau insentif secara palsu atau menipu, dan mengubah kaji selidik; (xii) membina balik apa-apa aspek Perkhidmatan tersebut atau melakukan atau mengambil sebarang tindakan yang mungkin mendedahkan atau menampakkan kod sumber, atau melangkau atau memintas langkah-langkah atau kawalan yang digunakan untuk melarang, menyekat atau mengehadkan akses kepada mana-mana halaman web, kandungan atau kod, kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan jelasnya oleh Undang-undang yang Berkuat Kuasa; (xiii) terlibat dalam apa-apa perbuatan jenayah atau tindakan yang salah di sisi undang-undang; (xiv) menggunakan Kandungan Terhad (seperti yang ditakrifkan di sini) yang melanggar atau memungkiri Terma-terma ini; atau (xv) menggalakkan dan/atau menasihati mana-mana individu, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana pekerja SSI, untuk melakukan apa-apa tindakan terlarang seperti yang dinyatakan di bawah.

 

Anda mengakui dan bersetuju bahawa SSI akan bekerjasama sepenuhnya terhadap semua permintaan yang sah untuk mendedahkan maklumat (cth. perintah mahkamah atau sapina).

 

6. Kandungan Terhad.

 

Berhubung dengan penggunaan, akses anda kepada, dan/atau penyertaan dalam Perkhidmatan tersebut, anda mungkin mempunyai peluang untuk menyemak semula atau mengakses maklumat, bahan, produk dan kandungan proprietari dan sulit (“Kandungan Terhad”) yang dimiliki oleh SSI dan/atau pelanggan, rakan kongsi dan/atau pemberi lesen SSI. Kandungan Terhad adalah dan harus dikekalkan sebagai harta sepenuh dan eksklusif pemilik Kandungan Terhad tersebut. Dalam apa-apa keadaan pun anda tidak harus memperoleh atau menerima apa-apa hak, hak milik dan/atau kepentingan dalam atau kepada sebarang Kandungan Terhad. Anda bersetuju untuk melindungi kesulitan dan kerahsiaan Kandungan Terhad tersebut dan anda bersetuju tidak mengubah, menyalin, menghasilkan semula, menerbitkan semula, mempamerkan, menghantar, mengedar, membina balik, mencipta kerja terbitan daripada menyusun semula atau sebaliknya meminda atau memindahkan Kandungan Terhad tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terdahulu daripada SSI. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Kandungan Terhad mungkin tertakluk kepada dan dilindungi oleh undang-undang, peraturan dan kod harta intelektual. Anda juga mengakui dan bersetuju bahawa sekiranya anda gagal mematuhi atau melanggar sekatan, batasan dan larangan yang terkandung dalam Bahagian ini, selain daripada apa-apa hak atau remedi yang lain tersedia kepada SSI, SSI berhak menamatkan, melarang atau menyekat penggunaan, akses anda kepada, dan/atau penyertaan dalam Perkhidmatan ini.    

 

7. Kandungan Pengguna.

 

Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kandungan, bahan, maklumat dan komen yang anda gunakan, muat naik, siarkan atau serahkan, yang berhubung dengan Perkhidmatan tersebut (“Kandungan Pengguna”). Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kelulusan, kebenaran dan/atau pemberian kuasa pihak ketiga yang dikehendaki untuk Kandungan Pengguna. Sekiranya anda menghantar Kandungan Pengguna, Kandungan Pengguna tersebut mungkin tersedia kepada orang awam dan mungkin dikongsi dengan pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada pelanggan SSI, pelanggan kepada pelanggan SSI, dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga. Kandungan Pengguna sepatutnya hanya mengandungi audio, video, imej atau apa-apa yang serupa bagi individu yang menghantar Kandungan Pengguna dan tidak boleh mengandungi kandungan dengan hak cipta terpelihara atau tanda dagangan atau bahan kepunyaan mana-mana pihak ketiga. Kandungan Pengguna tidak boleh mengandungi audio, video, imej atau apa-apa yang serupa bagi orang lain selain pengguna tersebut. Anda tidak akan menerima pampasan untuk sebarang Kandungan Pengguna. Jika anda ingin mendapatkan maklumat mengenai identiti penaja kaji selidik yang kepadanya anda telah menghantar foto atau video, sila hubungi SSI sepertimana yang dinyatakan dalam Dasar Privasi SSI. Untuk mengenal pasti kaji selidik tertentu, anda perlu memberikan alamat e-mel anda dan maklumat mengenai kaji selidik tersebut (cth., nombor kaji selidik, topik atau bahan kaji selidik, tarikh anda melengkapkan kaji selidik, dll.) kepada SSI.

 

Dengan menggunakan, memuat naik, menyiarkan atau menyerahkan Kandungan Pengguna yang berhubung dengan Perkhidmatan tersebut, anda dengan ini memberi SSI hak dan lesen yang kekal, tidak boleh ditarik balik, tanpa had, boleh dipindah milik, boleh disublesenkan, meliputi seluruh dunia dan bebas royalti untuk menyunting, menyalin, memindahkan, menerbitkan, mempamerkan, mencipta kerja terbitan, menghasilkan semula, meminda, mengedarkan dan dengan cara lain menggunakan, mengubah atau mengedarkan Kandungan Pengguna anda dalam apa-apa cara, tanpa pampasan atau notis.

 

Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Kandungan Pengguna tersebut. SSI tidak akan dan tidak boleh menyemak semua Kandungan Pengguna dan SSI tidak bertanggungjawab terhadap Kandungan Pengguna. SSI berhak memadamkan, memindahkan atau menyunting Kandungan Pengguna, yang mengikut budi bicara SSI, dianggap: (i) melanggar Terma-terma ini, (ii) melanggar undang-undang hak cipta atau tanda dagangan, atau (iii) berunsur mengecam, memfitnah, lucah atau dengan cara lainnya tidak boleh diterima.

 

8. Program Ganjaran.

 

1. Berhubung dengan penggunaan Perkhidmatan tersebut, anda mungkin berpeluang untuk mendapat ganjaran, insentif dan kemasukan dalam cabutan hadiah atau loteri. Maklumat, peraturan rasmi, serta terma dan syarat untuk ganjaran, insentif dan cabutan hadiah atau loteri mungkin boleh didapati dalam Terma-terma ini, pada Laman Web untuk Panel, pada permulaan atau penghujung kaji selidik, dalam jemputan kaji selidik, pada laman web untuk penebusan ganjaran, insentif dan hadiah, dan/atau mungkin diterangkan dalam apa-apa surat berita atau komunikasi lain yang diedarkan atau diterbitkan oleh SSI.

2. Semua mata yang dimuat naik ke dalam akaun ahli Panel akan tamat tempoh dalam masa satu (1) tahun selepas ia dimuat naik, melainkan mata tersebut terlupus atau dibatalkan lebih awal disebabkan keahlian atau akaun yang tidak aktif atau sepertimana yang dinyatakan dalam Terma-terma ini. Akaun ahli panel bukanlah akaun bank atau akaun kewangan sebenar dan tidak menjana atau mengumpulkan sebarang bentuk faedah.

3. Mata yang dimuat naik berhubung dengan Perkhidmatan bukanlah hak milik ahli Panel, tidak boleh dipindahkan semasa atau selepas hayat ahli Panel, sama ada melalui pelaksanaan undang-undang atau sebaliknya, dan tidak mempunyai nilai sehinggalah dikemukakan oleh ahli Panel untuk penebusan mengikut Terma-terma ini.

4. Sekiranya mana-mana mata atau insentif telah tersilap dimuat naik ke dalam akaun ahli Panel, SSI boleh mengeluarkannya daripada akaun ahli Panel.

5. Mata akan ditolak daripada akaun ahli Panel sewaktu permintaan dibuat untuk penebusan.

6. Semua penebusan adalah muktamad dan ganjaran tidak boleh dipulangkan untuk dikreditkan melainkan sepertimana yang dinyatakan dalam Terma ini atau sepertimana yang disetujui secara bertulis oleh wakil yang diberi kuasa oleh SSI.

7. Untuk membuat penebusan di bawah program ganjaran SSI, had minimum [100] mesti dipenuhi. Jika anda tidak memenuhi had yang ditetapkan di atas, anda tidak akan diberi pilihan penebusan di bawah program ganjaran SSI.

8. SSI boleh mengubah, meminda, memadamkan atau menambah terma dan syarat baharu untuk program ganjarannya atau Perkhidmatannya pada bila-bila masa tanpa notis. Bagi SSI, ini termasuklah tetapi tidak terhad kepada mengubah, meminda, menambah atau memadamkan nilai mata, tahap penebusan, nisbah pertukaran, syarat status, syarat keahlian, serta syarat memperoleh insentif atau ganjaran, pada bila-bila masa tanpa notis. Di samping itu, SSI boleh menamatkan atau menghentikan tawaran mana-mana insentif atau ganjaran berhubung dengan program ganjaran SSI, pada bila-bila masa tanpa notis.

9. Anda tidak boleh menggabungkan mata anda dengan mata yang dimiliki oleh mana-mana ahli lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana ahli keluarga atau rakan.

10. SSI tidak membuat sebarang pernyataan atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara tersurat atau tersirat, mengenai sebarang produk atau perkhidmatan yang diterima berkaitan dengan program ganjaran SSI, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk sesuatu tujuan tertentu. SSI tidak bertanggungjawab atau boleh dipersalahkan, pada masa ini dan pada masa hadapan, atas pelaksanaan atau atas kegagalan pelaksanaan mana-mana produk atau perkhidmatan yang matanya, insentif atau ganjarannya telah ditebus. Di samping itu, SSI tidak bertanggungjawab atau boleh dipersalahkan, pada masa ini dan pada masa hadapan, untuk sebarang kos, kerosakan, kemalangan, penangguhan, kecederaan, kerugian, perbelanjaan atau ketidakselesaan yang mungkin timbul akibat penggunaan, atau disebabkan kecacatan, mana-mana produk atau perkhidmatan yang matanya, insentif atau ganjarannya telah ditebus. SSI tidak akan menggantikan sebarang insentif atau ganjaran yang hilang, dicuri, tersalah letak atau rosak.

11. DENGAN INI, ANDA DENGAN JELASNYA MENGAKUI DAN BERSETUJU BAHAWA MATA, INSENTIF ATAU GANJARAN YANG DIPEROLEH MELALUI PERKHIDMATAN TERSEBUT MUNGKIN DIKENAKAN CUKAI, YANG MENJADI TANGGUNGJAWAB AHLI PANEL SEPENUHNYA. SSI boleh memberikan maklumat yang berkaitan dengan sebarang pembayaran atau insentif yang anda peroleh berhubung dengan penggunaan perkhidmatan SSI kepada anda dan/atau agensi kerajaan atau pihak berkuasa cukai yang berkenaan. Anda bersetuju untuk memberikan segala maklumat bagi membantu SSI mematuhi kewajipan pelaporan atau haknya untuk membuat potongan cukai. SSI boleh menahan pembayaran mana-mana cukai daripada sebarang insentif atau ganjaran sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

12. Setiap bulan, SSI mendermakan $10,000 kepada Palang Merah Amerika. Derma ini adalah berasingan dengan insentif yang anda terima untuk tinjauan dan tidak datang daripada baki mata anda. Ini tidak membentuk derma bagi pihak anda dan jadi ia tidak boleh dikecualikan daripada cukai anda dan ia tidak bergantung pada bilangan tinjauan yang diambil oleh ahli tetapi ia merupakan satu cara yang SSI berniat untuk mengungkapkan penghargaan kepada komuniti global.

13. SSI akan mengambil usaha yang sewajarnya untuk memastikan mata dikreditkan dan didebitkan dengan betul; walau bagaimanapun, ahli panel hendaklah menyemak akaun mereka untuk memastikan akaun tersebut memaparkan mata, insentif atau ganjaran yang dimuat naik dengan tepat, dan menunjukkan semua transaksi penebusan yang berkenaan. Jika anda merasakan akaun anda tidak dikreditkan atau didebitkan dengan betul atau menunjukkan transaksi penebusan yang tidak tepat, sila hantar e-mel kepada [helpdesk.my_ma@yourvoice.ssisurveys.com]. Sebarang e-mel yang dihantar kepada SSI hendaklah mengandungi nama, alamat e-mel ahli panel dan maklumat khusus mengenai perkara yang ingin diketengahkan. SSI akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelidik perkara tersebut dan memberikan maklum balas kepada ahli panel berkenaan dengan segera. Keputusan SSI adalah muktamad dan sah dikuatkuasakan.

14. Pembekal atau penyedia produk atau perkhidmatan yang ditawarkan berhubung dengan program ganjaran SSI, dan/atau pemilik atau pengendali laman Web tempat transaksi penebusan dilakukan, mungkin mempunyai terma dan syaratnya sendiri; sila semak terma dan syarat ini dengan teliti.

15. Maklumat peribadi mungkin perlu dikumpulkan, diproses dan/atau didedahkan berhubung dengan program ganjaran SSI dan/atau sebarang permintaan untuk menebus ganjaran atau insentif. Dengan memberikan persetujuan kepada Terma-terma ini, anda bersetuju terhadap pengumpulan, pemprosesan dan/atau pendedahan maklumat peribadi anda bagi tujuan sedemikian dan semua maklumat peribadi sedemikian akan tertakluk kepada Terma-terma yang dinyatakan dalam dasar privasi SSI.

16. Jika ahli Panel memilih untuk menyumbang mata kepada salah satu badan amal yang diluluskan oleh SSI, SSI akan menyumbang mata tersebut kepada badan amal yang dipilih itu. Sumbangan ini tidak dibuat oleh atau bagi pihak SSI, dan SSI tidak memberikan sumbangan yang sepadan, pada masa ini dan pada masa hadapan. Harap maklum bahawa pilihan sumbangan ini tidak tersedia bagi setiap panel yang dimiliki dan/atau dikendalikan oleh atau bagi pihak SSI. Sila semak pilihan penebusan yang tersedia untuk panel anda.

 

9. Kemas Kini Profil.

 

Ahli Panel bersetuju untuk memberitahu SSI dengan segera mengenai sebarang perubahan dalam atau terhadap maklumat yang terkandung dalam profil ahli mereka. Ahli Panel bersetuju untuk menyemak semula dan mengemas kini, seperti yang diperlukan, profil keahlian dengan kekerapan tidak kurang daripada sekali setiap enam (6) bulan. Ahli Panel boleh mengemas kini, membetulkan dan/atau memadam maklumat yang terkandung dalam profil keahlian beliau dengan: (i) mengakses akaun keahlian Panel beliau; or (ii) menghantar e-mel kepada pasukan perkhidmatan ahli Panel yang bersesuaian untuk Panel yang bersesuaian.

 

10. Dasar Pilih Keluar.

 

Ahli Panel boleh memilih keluar tidak menggunakan Perkhidmatan ini (termasuk, tanpa had, daripada menerima surat berita atau komunikasi), pada bila-bila masa, dengan: (i) mengikuti prosedur menghentikan langganan seperti yang dinyatakan dalam Tapak(-tapak) Web atau terkandung dalam e-mel yang diterima daripada SSI; atau (ii) dengan menghantar e-mel kepada pasukan perkhidmatan ahli Panel. SSI harus melakukan usaha yang munasabah untuk membaca dan membalas kepada setiap e-mel permintaan dalam tempoh masa yang munasabah selepas penerimaan. Selepas penamatan, maklumat hubungan ahli Panel akan dipadamkan daripada sebarang komunikasi yang selanjutnya atau senarai hubungan. Sila benarkan beberapa hari untuk melengkapkan pemadaman maklumat hubungan daripada komunikasi SSI atau senarai hubungan untuk Panel yang berkenaan; dalam tempoh yang ahli mungkin menerima komunikasi yang telah dicipta atau disusun sebelum penamatan. Sila lihat dasar privasi SSI (http://www.yourvoice.com.my/ms-my/policies/privacy) untuk maklumat mengenai cara SSI menguruskan maklumat dan data berikutan dengan permintaan pemberhentian langganan, penamatan, atau pilih keluar lain (“Dasar Privasi SSI”).

 

11. Pautan.

 

Berhubung dengan penggunaan anda dalam Perkhidmatan, anda mungkin dapat memaut atau menghubung secara sukarela kepada tapak web yang dikendalikan dan/atau dioperasi oleh pihak ketiga (“Tapak Web Pihak Ketiga”). SSI tidak mengakui mana-mana Tapak Web Pihak Ketiga atau apa-apa produk, perkhidmatan dan/atau peluang yang diiklankan, ditawarkan dan/atau dijual oleh, melalui atau berhubung dengan mana-mana Tapak Web Pihak Ketiga (“Maklumat Pihak Ketiga”). SSI tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan mengenai Tapak Web Pihak Ketiga dan/atau Maklumat Pihak Ketiga. Sila semak semula dengan teliti semua dasar dan terma yang terlibat bagi Tapak Pihak Ketiga dan Maklumat Pihak Ketiga.

 

12. Komunikasi dengan SSI.

 

Semua komunikasi (tidak termasuk maklumat peribadi) dan Kandungan Pengguna yang anda hantar atau pindahkan kepada SSI, melalui mel elektronik atau sebaliknya, harus dilayan sebagai maklumat bukan sulit dan bukan proprietari, kecuali secara khusus Anda nyatakan sama ada sebelum, atau semasa penghantaran atau pemindahan komunikasi dan Kandungan Pengguna sebegini. Anda bersetuju bahawa sebarang komunikasi dan Kandungan Pengguna mungkin digunakan oleh SSI atas sebarang sebab yang sah di sisi undang-undang. 

 

13. Privasi.

 

SSI bertindak secara serius terhadap privasi anda. Untuk maklumat mengenai amalan privasi SSI, sila semak Dasar Privasi SSI [http://www.yourvoice.com.my/ms-my/policies/privacy].

 

14. Penafian.

 

PERKHIDMATAN TERSEBUT, TERMASUK SEMUA MAKLUMAT, KAJI SELIDIK, KANDUNGAN, BAHAN, KOMENTARI DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN PADA, ATAU MELALUI PERKHIDMATAN, ADALAH DENGAN SYARATNYA "SEBAGAIMANA ADANYA". SSI TIDAK MEMBUAT SEBARANG PERWAKILAN ATAU JAMINAN APA-APA JENIS YANG BERHUBUNG DENGAN APA-APA MAKLUMAT, KANDUNGAN, BAHAN, KOMENTARI, KAJI SELIDIK, PRODUK ATAU PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN PADA, ATAU MELALUI PERKHIDMATAN, TERMASUK, TANPA HAD, APA-APA KANDUNGAN PENGGUNA. TAMBAHAN PULA, SSI DENGAN INI MENAFIKAN APA-APA DAN SEMUA JAMINAN, SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TANPA HAD, JAMINAN BUKAN PELANGGARAN, KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU. SSI TIDAK MENJAMIN BAHAWA ALATAN, TEKNOLOGI ATAU FUNGSI YANG TERKANDUNG DALAM PERKHIDMATAN TERSEBUT ATAU APA-APA KANDUNGAN, BAHAN, KOMENTARI, MAKLUMAT DAN/ATAU PERKHIDMATAN YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA, TIDAK AKAN TERGANGGU ATAU BEBAS DARIPADA RALAT KECACATAN, BAHAWA KECACATAN ITU AKAN DIBETULKAN, BAHAWA SISTEM ATAU PELAYAN(-PELAYAN) YANG MENYOKONG PERKHIDMATAN TERSEBUT DAN MEMBUAT PERKHIDMATAN TERSEBUT TERSEDIA AKAN DIPERBETULKAN, ATAU BAHAWA PERKHIDMATAN DAN/ATAU SISTEM DAN/ATAU PELAYAN YANG MENYOKONG PERKHIDMATAN TERSEBUT ADALAH BEBAS DARIPADA VIRUS ATAU KOMPONEN BERBAHAYA YANG LAIN. SSI TIDAK MENYEDIAKAN AKSES ATAU HUBUNGAN KEPADA INTERNET DAN TIDAK TANGGUNGJAWAB SERTA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAU MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB KE ATAS TINDAKAN ATAU KESILAPAN PIHAK KETIGA YANG MENGGANGGU, MENGEHAD, MENYEKAT ATAU MENGHALANG AKSES ATAU HUBUNGAN KEPADA, ATAU PENGGUNAAN PERKHIDMATAN TERSEBUT.

 

15. Perubahan.

 

Dengan ini, SSI berhak, mengikut budi bicara SSI, untuk membuat perubahan terhadap Terma-terma ini. SSI menggalakkan anda untuk sentiasa mengkaji semula Terma-terma ini. SSI akan mendapatkan kebenaran anda sebelum perubahan yang berkaitan dengan persekitaran di mana kebenaran diperlukan atau dikehendaki. Untuk perubahan yang tidak memerlukan kebenaran, penggunaan anda secara berterusan, akses kepada, dan/atau penyertaan dalam Perkhidmatan tersebut dianggap atau akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap Terma ini sebagaimana Terma-terma ini dipinda.

 

16. Ganti Rugi.

 

Anda bersetuju untuk menanggung ganti rugi, mempertahankan dan melindungi SSI dan syarikat induknya, syarikat bersekutu dan anak syarikatnya serta ahli mereka masing-masing, para pengurus, pemegang saham, pengarah, pegawai, pekerja dan agen daripada dan terhadap apa-apa dan semua tuntutan, liabiliti, kerugian, penghakiman, anugerah, denda, penalti dan kos dan/atau apa-apa jenis perbelanjaan, termasuk, tanpa had, yuran peguam dan kos mahkamah, yang timbul daripada, akibat daripada atau disebabkan oleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung: (i) anda gagal mematuhi atau melanggar Terma-terma ini; dan/atau (ii) penggunaan anda, penyertaan dalam, dan/atau akses kepada Perkhidmatan tersebut.

 

17. Had Liabiliti.

 

KECUALI SETAKAT YANG DILARANG OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN, ANDA MENGAKUI DAN BERSETUJU BAHAWA DALA/M APA-APA KEADAAN PUN SSI TIDAK AKAN DPERTANGGUNGJAWAB, ATAU SEBALIKNYA BERTANGGUNGJAWAB, TERHADAP ANDA ATAS APA-APA KEROSAKAN PERISTIWA, KHAS, BERTERUSAN DAN/ATAU PUNITIF, ATAS SEBARANG SEBAB(-SEBAB) ATAU SEBARANG PUNCA, TIDAK KIRA SAMA ADA SSI TELAH DIBERITAHU MENGENAI KEMUNGKINAN KEROSAKAN SEDEMIKIAN AKAN BERLAKU.

 

SEBARANG TUNTUTAN ATAU PUNCA TINDAKAN YANG TIMBUL ATAU BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN DAN/ATAU TERMA-TERMA INI MESTILAH DIFAILKAN DALAM TEMPOH SATU (1) TAHUN SELEPAS TUNTUTAN ATAU PUNCA TINDAKAN SEDEMIKIAN DIBUAT.

 

18. Pematuhan kepada Undang-undang yang terlibat.

 

Anda mengakui dan bersetuju bahawa anda akan mematuhi semua undang-undang, kod, peraturan, dan/atau keperluan antarabangsa, kebangsaan, Persekutuan, negara dan/atau tempatan (“Undang-undang yang Berkuat Kuasa”) berkaitan dengan penggunaan anda, penyertaan, dalam dan/atau akses kepada Perkhidmatan tersebut.

 

19. Penggantungan; Penamatan; Penyahaktifan Akaun Keahlian Panel.

Mana-mana pihak boleh menamatkan keahlian anda dengan Panel pada bila-bila masa, dengan atau tanpa sebarang punca, atas sebarang sebab atau tanpa sebarang sebab, dan tanpa dipersalahkan untuk penamatan tersebut.

Selain apa-apa dan semua remedi lain yang ada, SSI boleh, tanpa notis, menggantung dan/atau menamatkan penggunaan, akses kepada, dan/atau penyertaan anda dalam perkhidmatan tersebut jika anda melanggar atau memungkiri Terma-terma ini. Jika SSI menamatkan keahlian anda disebabkan anda gagal mematuhi atau melanggar Terma-terma ini: (i) anda kehilangan semua hak, hak milik dan kepentingan dalam dan/atau terhadap semua ganjaran, insentif, dan/atau hadiah yang belum ditebus, berkuat kuasa sejurus selepas penamatan; (ii) keahlian anda akan dibatalkan dengan serta-merta; (iii) akses anda kepada, penyertaan anda dalam, dan penggunaan Perkhidmatan tersebut (termasuk tetapi tidak terhad kepada penyertaan dalam projek kaji selidik) akan dihentikan dengan serta-merta.

Sekiranya ahli bukan Panel gagal mematuhi atau dengan cara lain melanggar Terma-terma ini, ahli bukan Panel tersebut dengan ini bersetuju bahawa: (a) semua hak, hak milik dan kepentingan dalam dan/atau terhadap semua ganjaran, insentif dan/atau hadiah (jika ada) yang belum ditebus, akan terlupus berkuat kuasa sejurus selepas penamatan; dan (b) akses kepada, penggunaan dan penyertaan dalam Perkhidmatan tersebut akan dihentikan dengan serta-merta.

Di samping itu, SSI berhak menyahaktifkan akaun keahlian Panel anda: (a) jika akaun keahlian anda tidak kekal Aktif (sepertimana yang ditakrifkan di sini); (b) jika SSI menerima lantunan kembali atau notis kegagalan penghantaran berkaitan dengan komunikasi e-mel yang dihantar oleh SSI kepada akaun e-mel anda; atau (c) jika SSI menerima notis balasan “peti mel penuh” sebanyak tiga (3) kali berkaitan dengan komunikasi e-mel yang dihantar oleh SSI kepada akaun e-mel anda. Bagi tujuan Terma-terma ini, “Aktif” bermaksud anda: (i) menyertai kaji selidik, sekurang-kurangnya sekali setiap enam (6) bulan; atau (ii) mengemas kini profil atau maklumat keahlian anda, sekurang-kurangnya sekali setiap enam (6) bulan.

Sekiranya berlaku penyahaktifan, penamatan keahlian oleh anda, atau penamatan oleh SSI (selain yang disebabkan oleh pelanggaran atau kemungkiran Terma ini oleh anda), SSI akan mengekalkan rekod ganjaran, insentif dan/atau hadiah yang disiarkan dan belum ditebus, dan akan membenarkan anda menebus ganjaran, insentif dan/atau hadiah sedemikian dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh penamatan atau penyahaktifan akaun anda berkuat kuasa.


20. Pekerja SSI.

 

A.         Pembatasan.Pekerja SSI dan Ahli Keluarga Terdekat mereka (seperti yang ditakrifkan di sini) tidak layak menerima apa-apa bayaran, hadiah atau insentif untuk menggunakan, mengambil bahagian atau mengakses Perkhidmatan. Bagi tujuan Bahagian 20 ini, istilah “Ahli Keluarga Terdekat” merangkumi ibu bapa, suami isteri, anak-anak atau orang lain yang penting (cth: teman wanita/ teman lelaki, pasangan serumah dan pasangan yang setara dengan suami atau isteri).

 

B.        Prosedur.Pekerja SSI boleh menggunakan, mengakses atau mengambil bahagian dalam Perkhidmatan tersebut, hanya selepas menerima kebenaran bertulis daripada pengurus masing-masing, dan hanya bagi tujuan menambah baik produk dan/atau perkhidmatan SSI. Pekerja SSI mestilah sentiasa jujur dan melaporkan maklumat yang tepat berhubung dengan penggunaan, akses kepada atau penyertaan dalam Perkhidmatan tersebut. Jika maklumat atau data yang dipinda, palsu atau tidak benar perlu digunakan, kebenaran dan kelulusan mesti diperoleh terlebih dahulu daripada Ketua Pegawai Eksekutif SSI.

 

C.         Kelakuan Tidak Wajar.Melainkan jika dibenarkan menurut Terma-terma ini atau diluluskan secara bertulis oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSI, pelanggaran terma Bahagian 20 ini oleh mana-mana pekerja SSI dan/atau Ahli Keluarga Terdekat akan dianggap sebagai pelanggaran standard tingkah laku SSI dan sebarang pelanggaran sedemikian boleh mengakibatkan pekerja tersebut dikenakan tindakan disiplin, termasuk tetapi tidak terhad kepada penamatan pekerjaan.

 

21. Notis.

 

A.         Notis Daripada Anda kepada SSI. Melainkan sebagaimana yang dinyatakan di sini, atau sepertimana yang dikehendaki oleh Undang-undang yang Berkuat Kuasa, semua notis yang akan dihantar atau diberikan kepada SSI hendaklah: (i) ditujukan ke alamat perniagaan yang berkenaan dengan betul, dan harus disampaikan secukupnya jika dihantar: (a) melalui Federal Express, Express Mail, atau perkhidmatan kurier semalaman lain yang diiktiraf pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa (dalam kes sedemikian, notis akan berkuat kuasa dalam tempoh satu (1) hari perniagaan selepas penghantaran); atau (b) melalui mel yang diperakui, resit pemberitahu serahan diminta, bayaran pos prabayar (dalam kes sedemikian, notis akan berkuat kuasa dalam tempoh enam (6) hari selepas deposit dalam mel); atau (ii) dihantar melalui e-mel kepada pasukan perkhidmatan ahli yang berkenaan bagi Panel yang berkenaan.

 

B.         Notis Daripada SSI kepada Anda.Melainkan sebagaimana yang dikehendaki oleh Undang-undang yang Berkuat Kuasa, anda bersetuju bahawa SSI boleh memberikan notis kepada anda: (i) melalui alamat e-mel yang anda berikan kepada SSI (dalam kes sedemikian, notis akan berkuat kuasa dalam tempoh satu (1) hari selepas tarikh e-mel itu dihantar, dengan syarat SSI tidak menerima mesej ralat yang menyatakan penghantaran e-mel tersebut tertangguh, bahawa alamat e-mel tersebut tidak sah, atau bahawa e-mel tidak dapat dihantar); (ii) melalui mel yang diperakui, resit pemberitahu serahan diminta, bayaran pos prabayar dialamatkan ke alamat yang anda berikan kepada SSI (dalam kes sedemikian, notis akan berkuat kuasa dalam tempoh enam (6) hari selepas deposit dalam mel); atau (iii) dengan menyiarkan notis pada Laman Web yang berkenaan. Anda bersetuju untuk menyemak Laman Web yang berkenaan dengan kerap untuk melihat notis dan mengemas kini maklumat peribadi anda.

 

C.         Notis Undang-undang.Semua soalan mengenai Terma-terma ini dan semua notis undang-undang hendaklah dihantar, menurut Bahagian 21.A. dalam Terma-terma ini, kepada:

 

Survey Sampling International, LLC

6 Research Drive

Shelton, Connecticut 06484, USA.

Attn: Legal Department

 

atau melalui e-mel kepada: privacy@surveysampling.com

 

22. Kebolehasingan.

 

Jika mana-mana terma atau peruntukan Terma-terma ini dianggap atau diisytiharkan tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan atas sebarang sebab oleh mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten, terma atau peruntukan tersebut akan dianggap batal dan tidak sah dan tidak akan menjejaskan penggunaan dan/atau pentafsiran Terma-terma ini. Terma atau peruntukan yang selebihnya dalam Terma-terma ini hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya, seolah-olah terma atau peruntukan yang tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan ini bukanlah sebahagian daripada Terma-terma ini.

 

23. Undang-undang yang Mentadbir; Bidang Kuasa dan Tempat.

 

Terma-terma ini dan akses anda kepada, penggunaan, atau penyertaan anda dalam Perkhidmatan akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang negeri Connecticut, A.S, tanpa mengambil kira mana-mana bahagian dalam mana-mana pilihan prinsip undang-undang (sama ada di Connecticut atau mana-mana bidang kuasa yang lain) yang mungkin membenarkan penggunaan undang-undang bidang kuasa yang berlainan. Semua tuntutan atau pertikaian yang timbul berhubung dengan Terma-terma ini dan/atau akses anda kepada, penggunaan, atau penyertaan anda dalam Perkhidmatan ini, akan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah negeri atau Persekutuan yang terletak di Fairfield County, Connecticut, A.S.

 

24. Pelbagai Terma Lain.

 

Tajuk yang terkandung dalam Terma-terma ini adalah untuk rujukan sahaja dan tidak akan mempunyai kesan terhadap pentafsiran dan/atau penggunaan Terma-terma ini. Kegagalan SSI untuk mengambil tindakan terhadap anda disebabkan pelanggaran Terma-terma ini tidak akan mengecualikan atau membebaskan anda daripada tindakan akibat pelanggaran sedemikian dan tidak akan mengecualikan, membebaskan atau menghalang SSI daripada mengambil tindakan terhadap anda disebabkan apa-apa pelanggaran selanjutnya oleh anda terhadap Terma-terma ini. Terma-terma ini, apa-apa peraturan, terma atau dasar yang dirujuk di sini atau dirangkumkan di sini, dan apa-apa keperluan khusus mengikut Panel, mewakili pemahaman keseluruhan dan perjanjian antara SSI dengan anda mengenai perkara yang dibincangkan ini.

 

Kali terakhir dikemas kini: 29-03-2016