Bagaimana ia berfungsi

21/11/2013



Bagi membolehkan kami menghantar tinjauan yang sesuai dengan anda dan gaya hidup anda, kami memerlukan anda mendaftarkan butiran anda. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah melengkapkan langkah-langkah mudah berikut:


1. Isikan butiran asas anda di laman utama dan klik ‘Daftar sekarang’. Perhatian, anda mestilah berumur 15 tahun atau ke atas untuk menyertai.


2. Anda akan menerima e-mel yang akan membawa anda ke tinjauan selamat datang. Di sini anda boleh mengisikan info profil anda, yang akan membolehkan kami menghantar tinjauan yang paling berkaitan dengan anda dan gaya hidup anda.


3. Tahniah, kini anda ialah ahli komuniti dalam talian Your Voice. Sandarkan badan dan berehatlah; kini kami akan mula menghantar jemputan e-mel bagi tinjauan anda.

 

Kumpulkan Mata:

 

Kebanyakan tinjauan kami membolehkan anda mengumpulkan mata setelah selesai melengkapkannya; jumlahnya pula bergantung pada anggaran masa yang diperlukan bagi melengkapkan tinjauan tersebut. Kedua-dua mata dan anggaran masa tinjauan dinyatakan dengan jelas di dalam jemputan e-mel kami.

 

Sila ambil perhatian:

* Sesetengah tinjauan mempunyai keperluan khusus, maksudnya, anda mungkin dijemput untuk mengambil bahagian tetapi tinjauan itu mungkin sudah penuh atau anda mungkin tidak layak.

* Setelah mata anda mencukupi, log masuk ke laman Your Voice anda menggunakan alamat e-mel yang didaftarkan serta kata laluan anda. Kemudian pergi ke laman Ganjaran untuk menebus mata anda. Di sini anda akan dapat membuat pilihan daripada pelbagai baucar hadiah yang popular.

* Sila pastikan butiran anda sentiasa dikemas kini, terutamanya alamat e-mel anda. Anda boleh mengemas kini butiran anda dengan log masuk ke ‘Akaun Saya’ di laman Your Voice.

* Anda boleh membatalkan keahlian anda pada bila-bila masa. Namun, sebarang mata yang telah dikumpulkan akan luput sebaik sahaja anda membatalkan keahlian.

* Anda mesti berumur 15 tahun atau ke atas dan tinggal di Malaysia untuk menjadi ahli panel Your Voice.

 

Untuk maklumat lanjut, sila lihat bahagian Soalan Lazim kami.